Header AD

Pelanggan Terkejut Harga Sepapan Petai RM400

loading...
loading...
Pelanggan Terkejut Harga Sepapan Petai RM400

Menjelang sambutan bulan Ramadhan yang akan bermula pada Sabtu ini, segelintir pengguna mengambil keputusan untuk membeli barangan keperluan lebih awal bagi mengelakkan kena beratur panjang atau masalah di kaunter pembayaran.

Seorang wanita baru-baru ini terkejut apabila dikenakan caj tidak masuk akal sehingga mencecah lebih RM800 ketika membeli barangan asas di sebuah pasaraya, yang tidak didedahkan lokasinya.

Dalam kemaskini yang dimuat naik di laman Facebook, Anyss Mohd Auranyss mendakwa walaupun terkejut dengan jumlah tersebut, dia dengan ‘berat hati’ membayar jumlah tersebut menggunakan kad debit.


Tidak berpuas hati dengan jumlah tersebut kerana dia hanya membeli barangan yang tidak seberapa sahaja, Anyss kemudiannya menyemak semula resit pembayaran sebelum mendapati berlaku kesilapan apabila sepapan petai dicaj dengan harga RM400.


“Saya pergi kaunter khidmat pelanggan dan mereka semak memang ada kesalahan. Mereka kata akan buat pembayaran balik tapi ambil masa satu hingga dua minggu (duit masuk) ke dalam akaun sebab saya bayar guna debit kad. Ya la, mana nak cekau (ada) wang tunai RM800, bawa pun RM500 ja,” demikian tulisnya dalam catatan tersebut pada Ahad.


Sehingga kini, status dimuatnaik Anyss bersama resit pembelian mendapat perkongsian lebih 25,000 pengguna Facebook.

Apa yang membuatkan dia lebih kesal adalah layanan yang diberikan oleh kakitangan pasaraya itu dan proses untuk mendapatkan semula wang yang mengambil masa terlalu lama.

“Kalau kita ada duit tak pa, kalau orang yang betul-betul bajet, perlu duit untuk belanja, macam mana? Senang mereka ni. RM400 tu banyak la, bukan RM4!,” tambahnya.

Menurut Anyss, kesilapan tanda harga turut berlaku kepada pelanggan lain namun disebabkan pelanggan berkenaan membuat bayaran secara tunai, maka proses mendapatkan semula wang boleh diselesaikan dengan lebih cepat.

Susulan itu, dia menasihati pengguna supaya lebih peka dan berhati-hati ketika membuat pembayaran di kaunter bagi mengelakkan berlaku kesilapan tanda harga terutamanya ketika jualan murah.

“Hati-hati semua tambah-tambah masa promosi, harga kat rak lain, bila scan kat kaunter nak bayar (harga) lain. Lain kali kalau rasa pelik dan lari dari bajet yang kita jangka, semak balik,” ujarnya.

Rata-rata pengguna Facebook meluahkan reaksi pelbagai terhadap insiden tersebut, selain bersetuju dengan pandangan Anyss supaya setiap pelanggan perlu lebih peka ketika membeli-belah bagi mengelakkan tertipu.

Pada Jumaat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 13 barangan keperluan di bawah skim kawalan harga musim perayaan bagi sambutan Pesta Kaamatan dan Gawai di Sabah serta Sarawak.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, skim kawalan harga itu berkuatkuasa selama seminggu mulai 25 hingga 31 Mei ini di Sabah, manakala di Sarawak pada 27 Mei hingga 2 Jun depan.

Sehubungan itu, mana-mana pengguna yang berdepan dengan sebarang masalah kepenggunaan, boleh buat aduan kepada KPDNKK di laman sesawang kementerian tersebut. 
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Pelanggan Terkejut Harga Sepapan Petai RM400 Pelanggan Terkejut Harga Sepapan Petai RM400 Reviewed by kak tie on 1:10:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan