Header AD

Padah Main Spirit Seorang Demi Seorang Di Rasuk

loading...
loading...
Padah Main Spirit Seorang Demi Seorang Di Rasuk

Suka-suka membawa padah. Itulah yang dapat disimpulkan mengenai kejadian yang berlaku di salah sebuah sekolah yang terletak di kawasan Hulu Selangor. 

Kejadian ini dikatakan berlaku apabila sekumpulan pelajar perempuan tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah di Bukit Beruntung bermain sebuah permainan memanggil roh yang dikenali dengan nama ‘Spirit of the Coin’ pada pagi suatu Jumaat dengan tujuan sekadar untuk bersuka-suka. 

Namun tindakan suka-suka kumpulan pelajar terbabit mengundang padah apabila 108 orang pelajar termasuk tiga orang guru diserang histeria secara berperingkat.

Pada mulanya, kejadian histeria tersebut hanya melibatkan lapan orang pelajar perempuan sesi pagi iaitu pelajar tingkatan 3 dan 5 pada Jumaat hari kejadian, namun semakin melarat apabila gejala histeria itu mula berjangkit kepada 26 orang pelajar sesi pagi hari Isnin, diikuti oleh 23 orang pelajar pada sesi petang (peralihan, tingkatan 1, 2 dan 4) pada hari Selasa dan seterusnya 12 orang pelajar sesi petang pada hari Rabu.
Permainan Spirit of the Coin
Keadaan menjadi semakin serius apabila 35 orang lagi seperti dirasuk, kali ini turut membabitkan tiga guru wanita yang cuba merawat mangsa dan seorang pelajar lelaki. Wartawan Sinar Harian cuba memasuki kawasan sekolah berkenaan bagi mendapatkan gambaran sebenar, namun dilarang oleh pihak pengurusan sekolah terbabit. Bagaimanapun beberapa orang pelajar sempat ditemui dan ditemubual bagi mendapatkan cerita dan punca sebenar mengenai kejadian histeria yang menimpa sekolah itu.
Salah seorang pelajar yang ditemubual, Nurul, 16, berkata segala-galanya bermula apabila sekumpulan pelajar perempuan tingkatan empat bermain permainan pemujaan roh yang dikenali sebagai ‘Spirit of the Coin’ di dalam sebuah kelas tingkatan 4 di tingkat satu bangunan sekolah berkenaan. Kumpulan pelajar terbabit dipercayai bermain permainan itu pada waktu awal pagi.

“Tetapi saya tidak pasti di mana mulanya sebab sedar-sedar ramai pelajar perempuan mula menjerit,” kata Nurul.
Bagaimanapun menurut Nurul, apa yang dia tahu, pelajar yang pertama diserang histeria itu baru pertama kali mencuba permainan yang turut dikenali sebagai ‘Ouija Board’ itu.

Seorang lagi pelajar dikenali sebagai Ira, 17, berkata, dia juga mendapat tahu daripada salah seorang rakannya bahawa beberapa orang pelajar yang mengikuti kelas tambahan di situ memang bercadang untuk mencuba permainan tersebut pada Khamis malam 29 Ogos lalu.

blok C
Blok C (kanan) di Tingkat Satu di mana Kejadian Awal Dipercayai Bermula
“Saya tidak tahu cerita asalnya bagaimana, tetapi itulah yang diberitahu oleh seorang kawan. Mereka bermain sehingga sampai satu tahap bergerak dari kelas itu menuju ke tandas perempuan. 

Selepas itu melukakan jari sendiri dengan pisau dan darah yang keluar dari luka tersebut dicalit pada dinding tandas sekolah.”cerita Ira kepada wartawan Sinar Harian. “Mungkin itulah agaknya punca gangguan histeria ini,” katanya lagi menamatkan sesi temubual.

Dalam pada itu, sekumpulan pelajar yang ditemui berkata, kejadian pagi itu cuba dikawal dengan bacaan surah Yasin oleh pelajar perempuan dan laungan azan daripada beberapa orang pelajar lelaki. “Pelajar perempuan duduk dalam satu bulatan sambil membaca surah Yasin, manakala pelajar lelaki buat satu lagi bulatan sambil melaungkan azan”.

 “Selepas tu, seorang demi seorang pelajar yang terkena histeria dimasukkan ke dalam dua bulatan itu, namun cara itu macam tidak berkesan kerana semakin ramai yang terkena histeria.

“Paling mengejutkan apabila tiga orang guru wanita pun turut terkena histeria. Setakat ini, belum pernah lagi kami mendengar cerita cikgu turut terkena,” kata mereka yang mengakui kejadian berkenaan bukan pertama kali berlaku. 

Difahamkan bahawa pada tahun 2010 pernah berlaku kejadian yang sama namum ia hanya melibatkan dua hingga lima pelajar yang diserang histeria dan ia berlarutan selama sebulan. “Selepas tu senyap saja sampailah berlaku kejadian ini,” kata mereka lagi.

Sementara itu, sebagai langkah pencegahan, Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Selangor memutuskan untuk merehatkan pelajar sesi petang (Tingkatan 1, 2 dan Peralihan) dan tingkatan 4 buat sementara waktu. Bagaimanapun, pelajar tingkatan 3 dan 5 terpaksa bersekolah seperti biasa kerana pada masa itu mereka perlu menjalani ujian percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
taklimat cikgu
Sebahagian Guru Sekolah yang Mendengar Taklimat Kaedah Kawalan dan Pemulihan Gangguan Histeria oleh PPD dan KIK
Dalam pada itu, Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) di bawah Majlis Daerah Hulu Selangor yang sedang menjalankan Program Tangani Histeria di Sabak Bernam turut berkunjung ke sekolah tersebut bagi menangani masalah berkenaan.

Difahamkan bahawa keputusan merehatkan pelajar hanya sebagai langkah pencegahan awal, namun jika masalah gangguan histeria ini berterusan pada sesi sekolah minggu berikutnya, kaedah lain pula akan digunakan. Sumber berita ini dipetik daripada akhbar Sinar Harian.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Padah Main Spirit Seorang Demi Seorang Di Rasuk Padah Main Spirit Seorang Demi Seorang Di Rasuk Reviewed by kak tie on 8:12:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan