Header AD

Order Tomato Ketchup Dapat Tomato Kicap

loading...
loading...
Order Tomato Ketchup Dapat Tomato Kicap


Baru-baru ini, sebuah gambar yang dimuatnaik oleh seorang pemuda asing ini telah viral di laman sosial terutamanya Twitter dan Facebook

  • Pemuda dengan instahandle @11issey ini menceritakan hal lucu yang berlaku padanya di sebuah kafe di Kuala Terengganu. Pada malam itu, Issey memesan cheese wedges bersama tomato ketchup daripada pelayan kafe tersebut.

    Yang kelakarnya, apabila pesanannya sampai, pelayan kafe menghantar cheese wedges bersama beberapa hirisan tomato dan kicap, bukan tomato ketchup.

    Beliau yang hairan terus bertanyakan kepada pelayan tersebut, dan pada saat itu juga baru beliau tahu rupa-rupanya orang Malaysia memanggil tomato ketchup sebagai sos tomato atau tomato sauce.

    Mana ada orang makan tomato dengan kicap macam tu. :P
  • Sejak beliau memuatnaik gambar tomato dan kicap itu, ramai yang tertanya-tanya siapakah pemuda asing ini?

      • 2b29Image via FourFourTwo
    • Rupa-rupanya pemuda ini bukanlah calang-calang orang, beliau merupakan seorang pemain bola sepak yang berasal dari Kanada. Beliau dikenali sebagai Issey Nakajima Farran, 31 tahun yang kini bermain untuk pasukan Liga Super Malaysia Terengganu.

      Anak kelahiran Kanada ini merupakan darah campuran Inggeris Zimbabwe dan juga Jepun. Beliau berpindah dari Kanada ke Tokyo ketika beliau berusia tiga tahun. Issey memulakan kerjaya bola sepak ini sejak beliau berusia 16 tahun lagi.

      Beliau mula aktif dalam bidang bola sepak dan memulai kerjanya dalam pasukan Liga Utama Bola Sepak Toronto dan kini telah menyertai pasukan Liga Super Malaysia Terengganu sejak April 2015,
      • Berikutan itu, ramai orang terhibur dengan apa yang telah berlaku dan meninggalkan komen bagi membantu beliau lebih faham dengan budaya orang Malaysia

      • Pemilik kafe juga tidak ketinggalan menulis komen meminta maaf kepada Issey

        • Haha kelakar betullah!
          • Jadi, kalau di Malaysia, gunalah tomato sauce dan bukan tomato ketchup, walaupun nama sebenarnya memang *tomato ketchup

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Order Tomato Ketchup Dapat Tomato Kicap Order Tomato Ketchup Dapat Tomato Kicap Reviewed by kak tie on 8:24:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan