Header AD

Mengejutkan!!Kisah Seram Hello Kitty Ternyata Bukan Seekor Kucing!

loading...
loading...
Mengejutkan!!Kisah Seram Hello Kitty Ternyata Bukan Seekor Kucing!

Barangkali semua orang kenal dengan Hello Kitty. 
Watak kartun yang terkenal dengan kecomelan iras-iras kucing dipadankan pula dengan pakaian yang berbeza-beza. 
Tetapi apa yang lebih mengejutkan ialah sejarah terhasilnya Hello Kitty dan kisah seram yang berlindung disebalik wajah comel tersebut. Pasti anda terkejut dengan misteri karakter ini.

Mengikut lagenda, patung iras kucing ini telah dihasilkan pada tahun 1970 oleh seorang wanita cina. Wanita ini mempunyai seorang anak perempuan yang berumur 14 tahun dan telah didiagnos dengan penyakit kanser mulut.
Doktor telah memberitahu ibunya bahawa tiada apa yang boleh dilakukan lagi untuk merawat anaknya kerana keadaan anaknya yang tenat. Wanita tersebut sangat sedih dengan berita tersebut dan sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan anak perempuannya.
Akibat terlalu mengikut perasaan, wanita ini telah berjumpa bomoh untuk melakukan perjanjian dengan syaitan bagi menyelamatkan anaknya. Anaknya berjaya disembuhkan tetapi wanita tersebut harus menepati janjinya iaitu menghasilkan sebuah patung yang berfungsi untuk membuatkan syaitan tersebut bertambah kuat. Maka terhasil lah Hello Kitty!
Namun kisah itu hanyalah kisah yang diceritakan dari mulut ke mulut namun tidak siapa pun yang dapat memastikan kesahihannya. Walaubagaimanapun, karakter Hello Kitty yang dicipta tanpa mulut dikatakan adalah simbol kanser mulut yang dihidapi anak wanita tersebut.
Fakta yang lebih mengejutkan tentang Hello Kitty, adalah pembunuhan kejam yang berlaku pada tahun 1999 di Hong Kong. Kes tersebut diklasifikasikan pembunuhan brutal kerana wanita tersebut telah dibunuh dengan kejam. Seeorang wanita telah diculik dan diseksa di sebuah apartment dan meninggal dunia sebulan selepas dia diculik.
Tiga orang lelaki telah merogol dan membunuh wanita tersebut, selepas itu kepalanya telah dipenggal dan apa yang lebih memilukan kepalanya telah disumbat kedalam patung kepala Hello Kitty. Semua anggota badan telah disembunyikan , hanya tengkorak, sebatang gigi dan beberapa organ dalaman dijumpai.
Oleh itu, kes tersebut telah menjadi sangat sensasi ketika itu dan digelar pembunuhan Hello Kitty dan merupakan kes keempat pembunuhan paling kejam di HongKong ketika itu. 
Kesimpulannya, disebalik wajah comel Hello Kitty, terlakar sejarah hitam dan juga fakta yang menakutkan tentang karakter tersebut. Apa yang pasti Hello Kitty bukanlah seekor kucing , ia merupakan makhluk asing dan ada juga mengatakan ia merupakan seorang budak perempuan.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Mengejutkan!!Kisah Seram Hello Kitty Ternyata Bukan Seekor Kucing! Mengejutkan!!Kisah Seram Hello Kitty Ternyata Bukan Seekor Kucing! Reviewed by kak tie on 9:49:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan