Header AD

Mengapa Putera Philip tidak bawa gelaran 'Raja' Akhirnya Terjawab

loading...
loading...
Mengapa Putera Philip tidak bawa gelaran 'Raja' Akhirnya Terjawab

PUTERA PHILIP membuat pengumuman akan bersara secara kekal daripada tugas-tugas rasmi dan tidak akan lagi terlibat dari menghadiri upacara awam bermula pada musim luruh ini.

Ketika pengumuman tersebut mencetus pelbagai spekulasi, ada juga yang bertanya mengapa Duke of Edinburgh ini megelaran Putera dan bukan Raja sedangkan isteri baginda adalah seorang Ratu.

Menurut portal Metro.co.uk, undang-undang Inggeris mempunyai jawapan bagi soalan tersebut – isteri biasanya akan mengambil nama dan pangkat 

Begitu juga dengan keluarga Diraja Britain, iaitu isteri yang tidak mempunyai gelaran kebiasaannya akan mengambil gelaran suami secara sah. 

Sebagai contoh, apabila Kate Middleton berkahwin The Duke of Cambridge, iaitu Putera William, beliau dikenali sebagai The Duchess of Cambridge.

Jika Putera William tidak diberikan gelaran 'Duke' untuk perkahwinannya, Kate akan membawa gelaran 'Princess William of Wales'.

Walau bagaimanapun, perkara itu adalah berbeza apabila wanita dari keturunan Diraja berkahwin.

Jika gelaran isteri adalah lebih tinggi daripada suaminya sebelum berkahwin, gelaran itu akan dikekalkan buat isteri.

Sebelum baginda Ratu Elizabeth II menaiki takhta, semua Ratu memegang gelaran Duchess of Edinburgh, yang merupakan gelaran yang diwarisi daripada suami.

Walau bagaimanapun, gelaran Ratu (Queen) merupakan pangkat yang lebih tinggi daripada Duchess, maka baginda Ratu tidak akan menggunakan gelaran itu, manakala gelaran Duke of Edinburgh yang dianugerahkan kepada suaminya dikekalkan tanpa ada perubahan.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Mengapa Putera Philip tidak bawa gelaran 'Raja' Akhirnya Terjawab Mengapa Putera Philip tidak bawa gelaran 'Raja'  Akhirnya Terjawab Reviewed by kak tie on 7:34:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan