Header AD

Masih Muda....Kenali Pengebom Berani Mati Manchester Arena

loading...
loading...
Kenali Pengebom Berani Mati Manchester Arena

Identiti Pengebom Berani Mati Manchester Arena Terbongkar. Seorang pemuda kelahiran Manchester bernama Salman Ramadan Abedi dinamakan orang yang meletupkan dirinya semalam di Manchester Arena, yang membunuh 22 orang dan mencerakan puluhan lain yang hadir menyaksikan konsert Ariana Grand.

Bagaimanapun, polis masih belum menamakannya secara rasmi dan masih menyiasat untuk memastikan penglibatan orang lain.

Identiti Pengebom Berani Mati Manchester Arena Terbongkar.  Menurut BBC, ibu bapa Salman merupakan pelarian dari Libya, dan mempunyai 3 lagi anak.

Salman, 22, yang menuntut di sekolah tempatan, bekerja di sebuah kedai roti dan merupakan peminat pasukan Manchester United.

Polis semalam melakukan serbuan ke atas beberapa rumah yang pernah didiami keluarga Salman.

Manchester merupakan bandar yang mempunyai ramai pendatang Libya. Menurut jiran, keluarga Salman pada tarikh tertentu mengibarkan bendera Libya di rumah mereka.

Identiti Pengebom Berani Mati Manchester Arena Terbongkar


Menurut BBC, kejiranan Salman pernah disebu beberapa kali oleh pihak keselamatan untuk memberkas penyokong kumpulan pelampau yang mempunyai kaitan dengan militan Syria dan Libya.

Salford University turut mengesahkan Salman pernah menuntut di situ, manakala Pusat Islam Manchester di Masjid Didsbury berkata Salman mungkin pernah hadir menyertai jemaah.

Seorang jurucakap pusat itu, Fawaz Haffar berkata ayah Salman pernah menjadi bilal di masjid itu.

Beliau bagaimanapun menegaskan masjid itu sebuah pertubuhan sederhana dan liberal dan kerap berhubung dengan pihak polis.


Identiti Pengebom Berani Mati Manchester Arena Terbongkar


Bagaimanapun, akhbar The Guardian memetik seorang imam masjid itu, Mohammed Saeed, yang berkata Salman pernah memberikannya reaksi marah selepas mendengar khutbah mengkritik kumpulan militan IS.

“Salman menunjukkan muka penuh kebencian kepada saya selepas khutbah itu,” katanya.

Identiti Pengebom Berani Mati Manchester Arena Terbongkar.  Saeed berkata daripada 2,000 ahli jemaah yang hadir, terdapat segelintir tidak bersetuju dengan khutbahnya dan menandatangani petisyen bantahan. 
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Masih Muda....Kenali Pengebom Berani Mati Manchester Arena Masih Muda....Kenali Pengebom Berani Mati Manchester Arena Reviewed by kak tie on 10:49:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan