Header AD

Kenapa Pakai Baju Cantik Tapi Tutup Dengan Selendang?

loading...
loading...
Kenapa Pakai Baju Cantik Tapi Tutup Dengan Selendang?

Pada beberapa minggu yang lalu, telah berlangsung Majlis Istiadat Pertabalan Yang Di Pertuan Agong baru di Istana Negara.

Istiadat itu menyaksikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V secara rasminya ditabalkan sebagai Yang di Pertuan Agong ke-15.
Seperti yang disaksikan dalam siaran langsung di kaca TV, majlis mengikut istiadat Kesultanan Melayu itu dihadiri Raja-Raja Melayu, Yang DiPertua Negeri, kerabat diraja, para menteri dan ramai lagi VIP termasuk dari luar negara.
Namun begitu dalam ramai- ramai tetamu diraja ini penampilan Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berjaya mencuri perhatian terutama kalangan kaum wanita.
Penampilan ditegur.
Tampil anggun, penuh sopan dengan selendang menutupi busananya, gaya isteri kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah itu mendapat pujian daripada netizen.
Rata-rata berpendapat gaya busana berselendang rona biru firus yang dikenakan begitu cantik dan cukup tertib malah pada masa yang sama memberikan beliau identiti tersendiri.
Komen ini dapat dilihat dalam instagram Tunku Azizah @t_p_pahang apabila beliau memuat naik foto throw back pada majlis tersebut beberapa hari lalu.

Sementara itu, Tunku Azizah menyatakan ini adalah caranya mengenakan selendang dan ia adalah rekaannya sendiri.

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Kenapa Pakai Baju Cantik Tapi Tutup Dengan Selendang? Kenapa Pakai Baju Cantik Tapi Tutup Dengan Selendang? Reviewed by kak tie on 10:40:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan