Header AD

Kenapa Main Tempat Mawar?

loading...
loading...
Aina mula menunjukkan perubahan tingkah laku sewaktu azan Zohor.

Aina mula menunjukkan perubahan tingkah laku sewaktu azan Zohor.

Difahamkan, kejadian histeria berlaku berulang-ulang dan semakin menjadi-jadi sejak dua minggu kebelakangan ini serta kebanyakannya melibatkan pelajar yang sama.
Kejadian dikatakan bermula sekitar jam 10 pagi dan Sinar Harian turut dimaklumkan, seramai 16 pelajar di sekolah berkenaan diserang histeria Selasa lalu.

Mengikut maklumat, ketika pelajar terbabit berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, tingkah laku dan pertuturan mereka sama, termasuk menyebut perkataan 'mawar' berulang kali.


Mahu masalah diakhiri

Wartawan akhbar ini turut menyaksikan serangan histeria yang berlaku secara tiba-tiba ke atas seorang pelajar tingkatan empat selesai azan Zohor dan pada ketika itu, pelajar itu bersama ibunya sedang ditemu ramah.

Selain agresif, pelajar itu turut bertutur menggunakan bahasa Melayu lama dan bahasa Melayu dengan pelat Inggeris dalam nada marah, termasuk mempersoalkan kenapa bermain di tempat 'mawar' serta menyebut perkataan tangki air beberapa kali.

Ibu bapa yang tidak mahu kejadian itu berlarutan meminta pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Terengganu dan pihak berkaitan mencari langkah terbaik bagi mengakhiri kejadian itu.

Seorang ibu yang hanya ingin dikenal sebagai Nor, 30-an berkata, sejak belakangan ini dia sentiasa bimbang ketika anaknya berada di sekolah itu dan keadaan sama turut dilalui ramai ibu bapa sehingga ada yang tidak dapat bekerja selain terpaksa ambil cuti.

"Pagi tadi (semalam), anak saya yang belajar di tingkatan empat sekolah itu diserang histeria buat kali kelapan sejak tinggal di asrama tahun ini. Sebelum ini dia belajar di sekolah lain. Keadaan ini benar-benar membimbangkan saya.

"Masalah ini bukan sahaja menyebabkan dia tidak bermaya, malah apabila berlanjutan, ia pasti akan menjejaskan pembelajarannya. Minggu lepas dia sudah diserang histeria dan hari ini (semalam) kejadian itu berulang. Saya kasihan melihat keadaannya," katanya.

Menurutnya, kejadian ini bermula jam 10 pagi dan ketika itu dia dan iba bapa pelajar lain akan bersedia dengan telefon masing-masing kerana kebiasaannya pada jam itulah panggilan akan diterima memaklumkan anak mereka tidak sedarkan diri dan perlu bergegas ke sekolah.

Katanya, tidak mustahil serangan histeria boleh melarat kepada pelajar lain dan dia berharap pihak berkaitan mengambil tindakan untuk mengakhiri masalah tersebut termasuk mengadakan majlis bacaan Yasin bersama ibu bapa di sekolah.

"Kali pertama anak saya diserang histeria adalah pada minggu kedua dia berada di asrama. Ketika itu dia berada di surau pada waktu maghrib dan secara tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Sebaik bekalan elektrik pulih, dia dilihat sedang merangkak sambil meracau-racau," katanya.


Anak takut ke sekolah

Bapa seorang pelajar yang hanya mahu dikenal sebagai Mamat, 72, memaklumkan, kejadian semalam merupakan kali ketiga anaknya diserang histeria dan walaupun telah sedarkan diri, dia tetap memerlukan masa antara dua hingga tiga hari untuk kembali sihat seperti biasa.

"Saya dapat panggilan memaklumkan anak saya kembali diserang histeria pada sekitar jam 12.15 tengah hari dan bergegas ke sekolah untuk bawa anak pulang ke rumah.

"Sampai bila perkara ini akan berlarutan? Anak saya seakan-akan sudah takut mahu ke sekolah dan situasi sebegini pasti akan menjejaskan pelajarannya. Kami benar-benar berharap pihak sekolah berikhtiar walau dengan cara apa sekalipun untuk menangani masalah ini," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Jalaludin Ismail ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah sedia maklum berkenaan masalah tersebut dan tindakan berkaitan telah diambil.

"Pihak sekolah dan PPD sudah panggil beberapa ustaz dan pengamal perubatan tradisional sebagai usaha mengatasi masalah itu. Kita akui ia sedikit sebanyak akan menjejaskan sesi pembelajaran selain menimbulkan perasaan takut dalam diri pelajar.

"Sudah tentu kita perlu masa untuk menyelesaikan masalah ini, namun setakat ini keadaan masih terkawal. Bagaimanapun, jika ia semakin serius, kita akan fikirkan langkah lain yang lebih sesuai kerana kita mahu masalah ini segera berakhir," katanya.


Dekatkan diri dengan ALLAH elak serangan histeria
Imam Besar Masjid Negeri, Aizi Saidi Abdul Aziz berkata, mereka yang memiliki kerohanian yang lemah atau mudah rasa takut biasanya lebih cenderung untuk diserang histeria.

“Kadang-kadang, bila seseorang itu duduk berseorangan, dia akan merasa takut sedangkan sebenarnya tiada apa-apa pun di kawasan itu.

“Makhluk halus seperti jin gemar duduk di kawasan yang kosong. Biasanya, kalau mereka yang lemah ini pergi ke kawasan yang dikatakan agak keras, mereka mudah dapat gangguan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian histeria yang menimpa sekumpulan pelajar di sebuah sekolah menengah di daerah Hulu Terengganu, kelmarin.

Menurut Aizi, pelajar perlu mengisi kerohanian dengan amalan yang mendekatkan diri kepada ALLAH SWT bagi mengelak mendapat gangguan seperti histeria.

“Pelajar perlu ada kekuatan mental dan ada pengisian rohani mereka sendiri bagi mengelak berlaku perkara-perkara tidak diingini.

“Selain itu, didikan ibu bapa amat penting bagi membentuk keyakinan diri anak-anak. Contoh, didikan takut kepada hantu atau syaitan menyebabkan mereka terbawa-bawa sehingga besar,” katanya.

Tambahnya, ibu bapa perlu mengelak daripada menakut-nakutkan anak-anak, sebaliknya perlu didik mereka supaya takut kepada ALLAH SWT sejak kecil.

“Sebagai manusia dan makhluk yang lemah, kita perlu mengisi rohani dengan kekuatan dan belajar menguasai pemikiran serta tidak membiarkan pemikiran atau suasana kuasai kita.

“Kalau kita biarkan suasana atau pemikiran kuasai kita, keadaan takut akan terbawa-bawa dalam hidup sehingga menyebabkan kita tak boleh belajar dalam keadaan yang sempurna,” katanya.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Kenapa Main Tempat Mawar? Kenapa Main Tempat Mawar? Reviewed by kak tie on 9:40:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan