Header AD

Kenali Kehidupan 4 Permaisuri Raja Melayu Tetapi Bukan Berdarah Raja

loading...
loading...

Kenali Kehidupan 4 Permaisuri Raja Melayu Tetapi Bukan Berdarah Raja

Assalamualaikum w.b.t..

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu ?...

Inilah ungkapan yang bisa HUNKZ ungkapkan apabila bercakap tentang "langkah kanan" kehidupan 4 orang Permaisuri Raja Melayu yang masih bertakhta pada hari ini. 

Baginda Permaisuri menaiki takhta negeri masing masing sebagai Permaisui yang bukan dari darah diraja ataupun bukan Permaisuri gahara,

Dalam entry kali ini,  ingin membawa pengunjung blog ini untuk mengenali serba sedikit mengenai latar belakang setiap seorang daripada 4 Permaisuri Raja Melayu Yang Bukan Berdarah Raja..

DYMM SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG
TUANKU HAJAH HAMINAH BINTI HAMIDUN

Diputerikan pada 15 Julai 1953, Tuanku Hajah Haminah merupakan puteri kepada Haji Hamidun Taib dan Hajah Isma binti Mohamad. Kehidupan baginda sebagai seorang rakyat biasa berubah apabila baginda mendirikan rumahtangga bersama KDYMM Sultan Kedah (Yang di-Pertuan Agong XIV) dan bergelar Che Puan Kedah, Haminah binti Hamidun. 

Dengan qada dan qadar Illahi, pada 9 Januari 2004 baginda dengan rasminya telah dimasyur dan ditabalkan menjadi Sultanah Kedah yang baru menggantikan Almarhumah Tuanku Hajah Bahiyah. 

Serentak dengan pertabalan tersebut, baginda digelar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah Sultanah Hajah Haminah Hamidun.

Tuanku Hajah Haminah bersama Pengiran Isteri Anak Hajah Saleha ketika Istiadat Santapan Malam bagi memuliakan lawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV ke Brunei
Foto : Infofoto Brunei.
Apabila KDYMM Tuanku Abdul Halim dimasyurkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV pada 13 Disember 2011, Tuanku Hajah Haminah dengan rasminya bergelar Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan pertabalan baginda berdua dilangsungkan pada 11 April 2012.

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah pada Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV

DYMM SULTANAH PAHANG
SULTANAH HAJAH KALSOM

DYMM Sultanah Hajah Kalsom telah dilahirkan pada tanggal 12 September 1951 dan mendirikan rumahtangga bersama KDYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah pada 14 Mac 1991. Selepas mendirikan rumahtangga, baginda memakai gelaran Yang Mulia Cik Puan Kalsom. 

Sultanah Hajah Kalsom telah dimasyur dan ditabalkan sebagai Sultanah Pahang pada 30 September 1992 dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom. Pada istiadat yang sama, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah telah berkenan menganugerahkan Sultanah Kalsom dengan Darjah Kerabat Pahang, DK Pahang.

KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah dan DYMM Sultanah Hajah Kalsom bergambar kenangan bersama Yang di-Pertuan Agong XI, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Raja Permaisuri Agong XI, Tuanku Siti Aisyah.

Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
DYMM Sultanah Kalsom bersama KDYMM Pengiran Isteri Anak Hajah Saleha
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
Hasil perkahwinan baginda dengan KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah, pasangan diraja ini telah dikurniakan dengan seorang putera iaitu YAM Tengku Arif Temenggung Pahang Tengku Fahd Muadzam Shah yang telah diputerakan pada 10 Februari 1994.

DYMM Sultanah Kalsom bersama satu satunya putera baginda, YAM Tengku Fahd Muadzam Shah.

DYMM RAJA PERMAISURI PERAK
TUANKU BAINUN BINTI MOHAMAD ALI

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun telah dilahirkan pada tahun 1932 di Pulau Pinang. Baginda telah mendirikan rumahtangga dengan Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang pada ketika itu merupakan seorang majistret di Kuala Lumpur. 

Perkahwinan baginda telah diserikan lagi dengan kehadiran 5 orang cahayamata iaitu dua orang putera dan tiga orang puteri iaitu YTM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, YAM Raja Dato Seri Azureen, YAM Almarhum Raja Dato Seri Ashman Shah, YAM Raja Dato Seri Eleena dan YAM Raja Dato Seri Yong Sofia. 

DYMM Tuanku Bainun juga merupakan seorang bekas pendidik.
Pada 9 Disember 1988, telah berlangsung Istiadat Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah dan DYMM Tuanku Bainun sebagai Sultan dan Raja Permaisuri Perak. Tuanku Bainun kemudiannya telah diisytiharkan pula sebagai Raja Permaisuri Agong IX dalam Upacara Angkat Sumpah DYMM Sultan Azlan Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong IX.

Potret rasmi DYMM Tuanku Bainun sebagai Raja Permaisuri Agong IX

KDYMM SULTANAH TERENGGANU
SULTANAH NUR ZAHIRAH

Diputerikan sebagai Rozita binti Adli Bakeri pada 7 Disember 1973 di negeri jelapang padi, Kedah Darul Aman, baginda telah mendirikan rumahtangga dengan KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada tanggal 28 Mac 1996.Pada ketika itu, KDYMM Sultan Mizan bergelar Yang Dipertuan Muda Terengganu Darul Iman. 

Selepas perkahwinan tersebut, Sultanah Nur Zahirah bergelar Yang Mulia Cik Puan Seri Rozita Adli Bakeri. Perkahwinan baginda menjadi lebih bahagia apabila telah dikurniakan dengan 4 orang cahayamata iaitu 2 orang putera iaitu DYTM Yang 

Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail dan YAM Tengku Muhammad Mua'az serta 2 orang puteri iaitu YAM Tengku Nadhirah Zahrah dan YAM Tengku Fatimatuz Zahra.

Keluarga Diraja Terengganu
Baginda Sultanah telah ditabalkan menjadi Sultanah Terengganu serentak dengan kemahkotaan dan pertabalan KDYMM Sultan Mizan pada 12 Julai 1998 dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu, Permaisuri Nur Zahirah.

 Diatas perkenan KDYMM Sultan Mizan, baginda seterusnya dimasyurkan dengan kurniaan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu pada tanggal 5 Jun 2006.

KDYMM Sultan Mizan dan KDYMM Sultanah Nur Zahirah ketika Istiadat Bersiram dan Istiadat Pertabalan baginda berdua

Detik bersejarah telah tercipta apabila Sultanah Nur Zahirah dengan rasminya bergelar Raja Permaisuri Agong berikutan pemasyuran KDYMM Sultan Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong XIII pada 3 November 2006. Istiadat pertabalan baginda berdua telah dilangsungkan pada 26 April 2007.

KDYMM Sultan Mizan dan KDYMM Sultanah Nur Zahirah ketika Istiadat Pertabalan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong XIII.
Potret rasmi KDYMM Sultanah Nur Zahirah sebagai Raja Permaisuri Agong XIII
................................

Sekian, terima kasih...
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Kenali Kehidupan 4 Permaisuri Raja Melayu Tetapi Bukan Berdarah Raja Kenali Kehidupan 4 Permaisuri Raja Melayu Tetapi Bukan Berdarah Raja Reviewed by kak tie on 11:10:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan