Header AD

Kalau Kahwin Dengan Lelaki Sado Tu,Nursajat Dapat Anak Tak?

loading...
loading...
Kalau Kahwin Dengan Lelaki Sado Tu,Nursajat Dapat Anak Tak?

                                     "Kalau kawen nanti boleh dapat ke anak?" - Netizen sakit mata tengok Sajat tayang boyfriend sado di IG
Jutawan kosmetik Nursajat tidak perlu diperkenalkan lagi, jutawan yang sentiasa mencetus tanda-tanya mengenai status jantinanya sehingga kini masih kekal sebagai misteri.

“Kalau kawen nanti boleh dapat ke anak?” – Netizen sakit mata tengok Sajat tayang boyfriend
 sado di IG
                                          

Terbaru, Nusajat menerusi laman Instagram beliau telah memuatnaik gambar momen-momen bahagia beliau bersama teman lelaki beliau.

Berdasarkan kepada gambar-gambar yang dikongsi oleh Nursajat, teman lelakinya ini memiliki tubuh badan yang sado dan gagah yang sememangnya menjadi idaman setiap wanita di luar sana.

                                             

Perkongsian terbaru Nursajat ini kemudiannya telah menarik perhatian follower-follower beliau di Instagram yang mengambil kesempatan untuk memberikan pendapat mereka dengan meninggalkan komentar mereka di ruangan komen di laman Instagram jutawan tersebut.   

Namun, di dalam banyak-banyak komentar yang ditinggalkan, terdapat satu komen yang bagi kami sangat win.
                

Meskipun Nursajat cuba merahsiakan identiti kekasih terbaru beliau ini dengan meletakkan stiker pada wajah teman lelakinya itu, namun identiti insan yang paling disayangi beliau ini telah terbongkar apabila gambar seorang lelaki yang dikatakan menjadi kekasih beliau ini telah tersebar di laman media sosial.
                                            

Berdasarkan kepada warna dan corak baju yang dipakai oleh lelaki tersebut, kelihatan kedua-dua lelaki di dalam gambar ini merupakan orang yagn serupa. 

Namun, apa-apa pun setakat ini belum lagi ada kenyataan daripada Nursajat sendiri mengenai perkara ini

Misteri Abang Sado Bersama Nur Sajat Terjawab


PETALING JAYA: Nampaknya hati usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamarul Zaman, 32, berbunga-bunga apabila berkongsi gambarnya bersama seorang jejaka berbadan sasa dengan wajah ditutup menerusi laman perkongsian Instagram pada Ahad lalu.

"Kadang-kadang, ada benda kita kena rahsiakan... rahsia siapa pasangan kita... so kena tutup mukanya... supaya menjadi teka-teki... selamat berbuka," demikian keterangan gambar yang dimuat naik Nur Sajat yang disertakan dengan hashtag #happytime #janganmengata #LetsCantik #nursajat02 dan menariknya, terdapat juga emoji sekuntum bunga.

Gambar dan kapsyen tersebut menimbulkan pelbagai reaksi netizen, ada yang memuji 'kekasih' baharu Nur Sajat, sambil meneka siapakah lelaki berbadan sasa itu, tidak terkecuali 'haters' yang tidak henti-henti mengkritik dan mengecam beliau.

Timbul pelbagai spekulasi mengenai identiti jejaka sasa tersebut apabila netizen meneka beberapa nama di ruangan komen.

Apatah lagi, Nur Sajat sebelum ini pernah dikaitkan netizen dengan lelaki-lelaki kacak dan berbadan sasa.

Nur Sajat pada awalnya 'kunci mulut' bila ditanya siapakah lelaki itu dan tindakannya memadamkan gambar tersebut selepas beberapa jam ia dimuat naik di media sosial, gerangan jejaka misteri itu terus menjadi tanda tanya.

Bagaimanapun, Nur Sajat akhirnya tampil membuat pengakuan kepada mStar Online bahawa gambar berkenaan sebenarnya hanyalah sebahagian daripada strategi pemasaran rangkaian produknya 'let's cantik' dan 'jangan mengata'.

"Apa-apa yang berlaku pada saya sebagai 'public figure', orang kenal jadi macam-macam orang buat ramalan.

"Saya hanya buat strategi pemasaran untuk melariskan produk dan bisnes," kata Nur Sajat kepada mStar Online.

Mengenai jodoh, Nur Sajat memberitahu pada masa ini tiada apa yang dapat dikongsikan kepada umum mengenai siapakah pasangan hidupnya.

"Saya sebenarnya bahagia bersama keluarga, anak-anak dan kawan-kawan," katanya tanpa mengulas lanjut mengenai lelaki berbadan sasa di dalam gambar tersebut.

Ditanya mengenai keterangan gambar yang menyebut tentang 'rahsia pasangan', Nur Sajat menjelaskan bahawa ia sebenarnya dikaitkan dengan kepentingan menjaga kecantikan dan penampilan diri.

"Itu sebahagian daripada strategi pemasaran... bila kita berpasangan, apakah yang kita perlu ada pada diri kita? Antaranya kecantikan, rupa paras dan kasih sayang.

"Jadi, semua kapsyen termasuk beberapa gambar di Instagram sebelum ini semuanya melibatkan produk-produk saya," katanya.

Justeru, Nur Sajat sekali lagi menjelaskan bahawa  lelaki berbadan sasa yang ditutup wajahnya di dalam gambar tersebut bukanlah kekasihnya.

"Diharap penjelasan saya ini dapat menjawab segala persoalan dan salah faham semua. Saya berharap anda semua terus menyokong produk-produk kecantikan dan penjagaan diri saya. Terima kasih kerana memberi sokongan," katanya.

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Kalau Kahwin Dengan Lelaki Sado Tu,Nursajat Dapat Anak Tak? Kalau Kahwin Dengan Lelaki Sado Tu,Nursajat Dapat Anak Tak? Reviewed by kak tie on 11:09:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan