Header AD

“Kalau Dia Balik Negara Dia, Nanti Dia Kena Bunuh”

loading...
loading...
“Kalau Dia Balik Negara Dia, Nanti Dia Kena Bunuh”

Selamat malam Rohingya. Hari ini di klinik untuk check up, Allah swt bagi kesempatan untuk saya berjumpa rakyat Rohingya.
Saya tak tahu kenapa jururawat-jururawat terlalu garang dengan mereka sampaikan bermasam muka. Adakah sebab mereka warga asing sampaikan perlu bermasam muka?
Setelah semua patient balik, tinggallah saya dengan pakcik ini dan isterinya bersama baby Nurhalisa.
Isteri dia tak pandai cakap Melayu. Suami dia saja pandai. Itu pun sikit-sikit. Bergenang air mata dengar kisah pakcik ini.
Kalau dia balik negara dia, nanti dia kena bunuh. Dia terpaksa cari rezeki dekat Terengganu untuk tanggung seorang isteri dan 4 orang anak.
Dia tinggal di Kubang Parit. Adat orang kita apabila jumpa baby mesti bagi duit dekat baby. Alhamdulillah saya bagi sedikit apa yang ada dalam beg.
Setelah saya bagi pada anak dia. Dia punya terima kasih diucap banyak kali. Dia ulang ibarat saya bagi anak dia RM2000. Sedangkan jumlah saya bagi kecil sahaja.
Bukan setakat dia ucap terima kasih tapi terus doakan saya. Saya tak tahu apa yang dia doakan. Tapi akhlak mereka baik sekali jika diteliti betul-betul.
rohingya 2
Mereka mengajar saya erti bersyukur. Setelah berjumpa dengan mereka, saya rasa bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang.
Rupanya mereka lebih susah dari saya. Apabila ditanya tentang anak-anak mereka sama ada sekolah atau tidak, nampak air muka pakcik ini sayu.
Katanya: “Anak-anak saya semua tak sekolah.” Yuran sangat mahal.
Pakcik dan isteri datang klinik untuk check kuning baby. Datangnya dengan teksi, baliknya dengan teksi.
Apabila saya tanya berapa tambang teksi pergi dan balik? Katanya RM30. Sangat mahal bagi saya apatah lagi dia.
Semoga Allah murahkan rezeki pakcik ini sekeluarga. Ameen allahumma ameen. Buat kita semua, bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang.
Selepas perkongsian Aqilah di Facebook dipaparkan di sebuah blog, dia menerima respon positif dan negatif. Tapi yang terkesan di hatinya adalah komen-komen negatif terhadap warga asing.
Ini respon Aqilah dan harapannya:
“Maaf kak, bila saya tahu OhBulan juga share. Ada yang komen positif, ada yang komen negatif.
Dan saya tak sanggup nak baca komen-komen negatif diorang (mereka) terhadap warga asing. Tak semua warga asing baik.
Tapi bukankah kita nak orang baik dengan kita, kita yang perlu berkelakuan baik terhadap diorang.
Moga Allah aturkan yang terbaik dan membuka mata-mata kita semua agar berbuat baiklah dahulu jika nak orang buat baik pada kita.
Moga Allah balas jasa kak dan semua orang yang mendoakan.”
Artikel di atas disumbangkan oleh Aqilah Suhaila
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
“Kalau Dia Balik Negara Dia, Nanti Dia Kena Bunuh” “Kalau Dia Balik Negara Dia, Nanti Dia Kena Bunuh” Reviewed by kak tie on 7:10:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan