Header AD

Inikah Tunang Remy Ishak ?

loading...
loading...
Inikah Tunang Remy Ishak ?



Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja berita pertunangan Remy Ishak mula tersebar di laman sosial.

remy_1-620x372.jpg



Dikhabarkan majlis pertunangan tersebut diadakan di Pahang bersama seorang gadis yang dikenali, Ezza Yusof. Majlis yang dilangsukan secara rahsia itu turut menerima ucapan tahniah daripada beberapa orang selebriti tanah air.




Biarpun masih tiada pengesahan daripada pihak Remy sendiri, namun menguatkan lagi kebenaran berita tersebut apabila Insta Stories di Instagram milik Ezza ada menunjukkan dirinya dan Remy yang sedang duduk bersama di atas pelamin. Selain itu kelihatan juga Nad Zainal menyinggah di ruangan komen mengucapkan tahniah kepada pelakon itu.



Untuk pengetahuan, gadis yang dikenali sebagai Ezza merupakan pengasas 2morrowbridestory yang terkenal dengan rekaan produk kasut pengantin. Malah siasatan kami juga mendapati gambar Ezza yang manis di majlis pertunangan itu turut terselit nama Remy yang di tag pada gambar terbabit.



IMG_2017-05-01-002745-590x356.jpg




Bagaimanpun kami tidak pasti sejauh mana kebenaran berita ini. Apapun jika benar Remy sudah bertunang, tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Semoga segala perancangan serta persiapan perkahwinan yang bakal menjelang akan berjalan dengan lancar.


Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Inikah Tunang Remy Ishak ? Inikah Tunang Remy Ishak ? Reviewed by kak tie on 12:10:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan