Header AD

Ibu Muda Ini Muatnaik Gambar Dirinya Alami Meroyan Ketika Berpantang

loading...
loading...
Ibu Muda Ini Muatnaik Gambar Dirinya Alami Meroyan Ketika Berpantang

Seorang ibu dari Ohio telah menarik perhatian ramai apabila beliau memuat naik gambar di facebook tentang dirinya yang berjuang setelah melahirkan anak tetapi memilih tidak membincangkannya secara terbuka. 

Kathy DiVincenzo memuat naik gambar tersebut yang jelas menunjukkan realiti wanita yang mengalami tekanan ketika waktu berpantang “postpartum depression” dan gambar tersebut telah viral sejak seminggu yang lalu.


Bulan Mei adalah bulan untuk Postpartum Depression Awareness Month bagi masyarakat US sekaligus memberi idea DiVincenzo untuk berkongsi dua keping gambarnya beserta anak-anaknya. 

Gambar tersebut menunjukkan dua versi gambar yang berbeza tetapi scene yang sama, yang pertama di mana semuanya nampak sempurna , dan satu lagi menunjukkan realiti sebenar menjadi seorang ibu yang mengalami postpartum depression.

“Yang sebenarnya kedua-dua gambar ini menggambarkan kehidupan saya bergantung kepada hari-hari yang saya lalui. Satu-satunya perkara yang lebih memenatkan ialah apabila kita mengalami keadaan ini tetapi berpura-pura semuanya ok”
                             
DiVincenzo menyatakan bahawasanya dia mengalami pospartum depression selepas kelahiran anak pertama tetapi mengalami waktu yang lebih sukar setelah melahirkan anak kedua. DiVincenzo cuba untuk meminta bantuan dengan berkongsi kisahnya dalam masa yang sama berharap supaya kisahnya dapat membantu ibu-ibu yang lain.

DiVincenzo menambah lagi “Sekiranya tiada siapa yang memberitahu anda bahawa anda telah melakukan yang terbaik, anda wajar disayangi, anda sebenarnya tidak berseorangan.

Saya percaya kadangkala sukar untuk kita meminta bantuan, tapi saya percaya pengorbanan ini bernilai. Sangat bernilai”
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Ibu Muda Ini Muatnaik Gambar Dirinya Alami Meroyan Ketika Berpantang Ibu Muda Ini Muatnaik Gambar  Dirinya  Alami Meroyan Ketika Berpantang Reviewed by kak tie on 8:53:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan