Header AD

Hebatnya Rebecca, daya ingatannya kuat dan masih mengingati peristiwa ketika berusia 12 hari!

loading...
loading...
Hebatnya Rebecca, daya ingatannya kuat dan masih mengingati peristiwa ketika berusia 12 hari!
Anda masih mengingati memori hari jadi anda yang pertama?
Atau kedua? Atau mungkin ketiga? Mestilah tidak tetapi wanita bernama Rebecca Sharrock ini mempunyai memori yang segar seawal usianya mencecah 12 hari!
Berumur 27 tahun dan berasal dari Brisbane, Rebecca mengalami satu keadaan yang dipanggil Highly Superior Autobiographical Memory (HSAM).

HSAM merupakan keadaan yang membolehkan seseorang mengingati segala peristiwa yang pernah terjadi dan tidak mampu untuk melupakan apa-apa perkara. Malahan, statistik menunjukkan hanya seramai 60 ke 80 individu sahaja di dunia ini yang mempunyai kebolehan tersebut.
Ekoran itu, Rebecca mempunyai keupayaan untuk mengingati segala peristiwa dalam hidupnya secara terperinci termasuklah mimpi yang dialaminya ketika berusia 18 bulan dan juga peristiwa bergambar di dalam kereta ketika baru mencapai usia 12 hari!
Melalui tulisannya di laman blog, Rebecca menyatakan bahawa kedua ibu bapanya telah meletakkannya di dalam kereta untuk mengambil gambar.

“Pada ketika itu, seperti mana bayi-bayi lain, saya mempunyai perasaan ingin tahu tentang pelapik tempat duduk pemandu dan juga roda kemudi (steering wheel) di hadapan saya tetapi tidak mampu untuk berdiri dan meneroka objek-objek tersebut”.
Mengagumkan bukan? Bukan sahaja itu, Rebecca juga mampu menghafal kesemua koleksi buku Harry Potter! Kini, dia sedang dalam proses menulis buku yang menceritakan mengenai pengalamannya sendiri bertajuk ‘My Life is A Puzzle’.
“Pada pertengahan tahun 2014, ketika saya sedang membaca suratkhabar, terdapat satu artikel yang menyatakan bahawa manusia tidak mempunyai kebolehan untuk mengingati segala peristiwa yang pernah terjadi dalam hidupnya sebelum mencecah usia empat tahun.

Setelah membaca artikel tersebut saya merasakan ia adalah satu artikel yang sangat merepek,” ujar Rebecca lagi.
“Pada permulaan hidup saya, saya ingat bahawa saya akan menghabiskan banyak masa berada di dalam katil bayi sambil melihat permainan dan kipas di sebelah saya.
Pada ulang tahun kelahiran yang pertama, saya ingat ibu saya memakaikan saya dengan gaun satin yang sangat gatal dan saya menangis. Saya diberitahu bahawa hari tersebut adalah hari istimewa saya.
Walaupun tidak memahaminya, saya berhenti menangis serta merta. Ibu bapa saya ada menghadiahkan saya anak patung Minnie Mouse. Patung tersebut mempunyai muka yang sangat menakutkan. Apa yang saya mampu lakukan adalah menangis dan menolaknya setiap kali saya melihat patung tersebut”.
“Ketika mencapai usia 18 bulan, saya mula bermimpi yang saya akan keluar dari rumah setiap malam. Jadi, saya selalu mahu tidur bersama ibu.

Selepas ulang tahun kelahiran yang kedua, adik perempuan saya bernama Jessica dilahirkan. Saya mula merasai bahawa saya bukan satu-satunya anak dalam keluarga ini dan saya juga perlu berkongsi segala-galanya dengan Jessica selain memberikan pakaian dan permainan lama saya”.
“Memang benar saya adalah antara 80 individu di dunia yang memiliki daya ingatan luar biasa atau HSAM. Ia menyebabkan saya tidak boleh melupakan sebarang perkara yang terjadi dalam kehidupan seharian.
Mereka yang turut mengalami HSAM juga mempunyai memori tentang keluarga mereka ketika masih bayi dan juga peristiwa sambutan hari jadi serta Hari Natal”.
“Terlalu banyak perkara yang perlu dirungkaikan mengenai otak manusia dan bagaimana memori berfungsi. Pertama, otak manusia merupakan pusat kawalan dalam kehidupan kita. Kedua, memori adalah segala perkara yang telah kita pelajari sama ada secara sedar atau tidak. Terdapat banyak memori dalam kehidupan kita dan hanya mereka yang mengalami HSAM mampu mengingati segala memori tersebut dengan terperinci”.
Untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang keadaan Rebecca, lihat video di bawah.
Sumber: Bored Panda
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Hebatnya Rebecca, daya ingatannya kuat dan masih mengingati peristiwa ketika berusia 12 hari! Hebatnya Rebecca, daya ingatannya kuat dan masih mengingati peristiwa ketika berusia 12 hari! Reviewed by kak tie on 7:45:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan