Header AD

Hairul Azreen bongkar rahsia kenapa boleh berjaya tanpa berlakon

loading...
loading...
Hairul Azreen bongkar rahsia kenapa boleh berjaya tanpa berlakon
Hairul Azreen diakui kurang menyerlah sebagai pelakon namun Hairul sebenarnya seorang usahawan menerusi beberapa perniagaan yang diusahakan bersama isterinya, Hanis Zalikha.

Bagaimanapun kemewahan hasil daripada titik peluhnya selama ini sering dipandang serong malah ada mempertikaikan kesenangan yang dikecapinya hari ini hasil menumpang nama isteri dan anak lelakinya, Yusof Iskandar.

“Saya dahulu budak rempit, orang susah tetapi saya ada cita-cita besar dalam hidup saya dan ia tidak akan datang bergolek jika tiada usaha.

“Alhamdulillah sebelum berkahwin lagi kehidupan saya sudah berubah dan sejak memenangi pertandingan Fear Factor beberapa tahun dahulu ia turut membuka mata saya.


“Wang hasil kemenangan itulah saya gunakan untuk memulakan perniagaan bersama Hanis ketika itu dan Alhamdulillah berkat usaha dan rezeki daripada Allah ia menjadi,

“Perniagaan pertama saya pun sya bangunkan bersama Hanis dan ketika itu memang saya tiada ilmu dan pengalaman tetapi isteri saya banyak membantu ketika itu memandangkan dia mempunyai ijazah dalam bidang perniagaan.

“Kami berdua bermula dari bawah untuk sampai ke tahap sekarang dan Alhamdulillah rezeki saya selepas berkahwin dan mempunyai anak semakin murah,” jelasnya 
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Hairul Azreen bongkar rahsia kenapa boleh berjaya tanpa berlakon Hairul Azreen bongkar rahsia kenapa boleh berjaya tanpa berlakon Reviewed by kak tie on 3:09:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan