Header AD

Gaduh depan Hospital Ampang akibat salah faham remaja

loading...
loading...
Gaduh depan Hospital Ampang akibat salah faham remaja

PETALING JAYA: Ketua polis daerah Ampang Jaya mengesahkan pergaduhan di depan Hospital Ampang pada awal pagi semalam tiada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap atau kegiatan lumba haram.
Sebaliknya, ACP Hamzah Alias berkata, pergaduhan itu berpunca daripada salah faham di kalangan remaja yang berkumpul di kawasan terbabit.
“Masing-masing mahu tunjuk lagak. Mereka suka berkumpul, bila ada salah faham, mulalah cabar-mencabar, maka jadilah pergaduhan kecil.
“Mereka bukan daripada mana-mana kumpulan (geng) atau mat rempit, mereka melepak beramai-ramai di hujung minggu,” katanya kepada FMT hari ini.
Semalam, media melaporkan 2 lelaki ditahan dalam kejadian kira-kira 3.15 pagi itu, apabila
sepasukan polis yang melakukan rondaan cegah jenayah mendapati sekumpulan 80 lelaki bergaduh dekat hospital terbabit.
Dua suspek berusia 28 tahun dan 33 tahun itu direman sehingga Rabu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Video pergaduhan lebih 5 minit itu kemudiannya tersebar di media sosial.
Hamzah berkata, tiada tangkapan terbaru setakat ini, memandangkan 2 suspek yang ditahan itu enggan memberi kerjasama.
“Jangan tuduh mereka dari geng tertentu, mat rempit atau sebagainya, nanti orang takut hendak keluar. Pergaduhan begini boleh jadi di mana-mana saja,” katanya.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Gaduh depan Hospital Ampang akibat salah faham remaja Gaduh depan Hospital Ampang akibat salah faham remaja Reviewed by kak tie on 7:41:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan