Header AD

Gadis Ini Kejar Peragut,Malangnya Dia Pula Di Rogol

loading...
loading...
Gadis Ini Kejar Peragut,Malangnya Dia Pula Di Rogol

Lokasi kejadian.

HONG KONG - Seorang pelajar menyedari ianya satu idea yang buruk apabila dia mengejar peragut yang melarikan iPhone miliknya pada pagi Ahad (7 Mei).

Gadis berusia 22 tahun itu berjaya menahan peragut itu selepas mengejar kira-kira 100 meter namun mangsa dirogol pula, lapor Apple Daily.

Bukan itu sahaja, mangsa dipaksa supaya mendedahkan nombor pin kad ATM semasa dijadikan tebusan selama empat jam di bawah jejantas di timur Kowloon.

Mangsa yang bekerja sambilan, berjalan pulang selepas tengah malam sebaik selesai kerja, sebelum diserang.

Suspek mengikat mangsa menggunakan kabel telefon bimbitnya serta turut menggunakan air untuk mencuci 'bukti' jenayah.

Suspek yang memberi amaran memiliki pisau, juga sempat berbual-bual dengan mangsa hingga jam 5 pagi, sebelum melarikan iPhone dan dua kad bank.

Gadis malang itu kemudian menceritakan kepada keluarganya apa yang berlaku apabila tiba di rumah sejam kemudian.

Polis Hong Kong kini sedang menjejak suspek.

Menurut keterangan yang diberikan oleh mangsa, suspek berumur kira-kira 30 tahun, 1.67 meter tinggi dengan badan sederhana serta berambut hitam pendek. Dia memakai cermin mata gelap berbingkai petak semasa kejadian itu
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Gadis Ini Kejar Peragut,Malangnya Dia Pula Di Rogol Gadis Ini Kejar Peragut,Malangnya Dia Pula Di Rogol Reviewed by kak tie on 9:53:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan