Sunday, 14 May 2017

Diganggu Anak Patung Bermata Biru

loading...
Loading...
Diganggu Anak Patung Bermata Biru

Keluarga Nunez yang menetap di El Callao, Peru, mendakwa mereka telah dihantui oleh anak patung bermata biru yang sama seperti kisah Annabelle. Khabarnya anak patung itu dirasuki roh jahat.

Macam dalam filem pula.

Anak patung itu bernama Sarita dan ia telah dituduh menyebabkan berlakunya aktiviti ghaib di rumah Nunez. Bermula dengan cahaya-cahaya aneh diikuti dengan suara mencurigakan hingga kepada luka akibat cakaran di tubuh anak-anak keluarga Nunez.

Kejadian aneh ini bermula sejak tujuh tahun lalu selepas si ibu, Ivonne, memberikan anak patung berkenaan kepada tiga anak-anaknya.

Menurut Ivonne dan ketiga anaknya, Sarita akan berpindah-pindah tempat dengan sendiri.

Manakala salah seorang anak mereka, Steven, 18, berkata, dia pernah terbangun dari tidur dan mendapati terdapat luka cakar serta lebam di tubuhnya yang tidak diketahui berasal dari mana.

Sementara kakaknya, Angie pula berkata, dia sering mendengar suara aneh di tengah malam seperti suara ketukan sebanyak tiga kali di pintu atau almari padahal tiada sesiapa di situ.

Mereka juga merasakan seperti ada yang memerhatikan dari sudut rumah setiap malam dan untuk mengusir roh jahat itu, keluarga Nunez telah memutuskan untuk mendapatkan bantuan seorang paranormal yang bernama Soralla dari Los Angeles.

Ketika Soralla mengelilingi rumah itu, dia telah mengesan kehadiran seorang perempuan misteri di satu sudut rumah dan dia adalah kakak ipar kepada seorang wanita yang telah membunuh diri.

Ketika Soralla melakukan ritual membersihkan rumah terbabit, terdapat banyak bola-bola cahaya yang muncul.-Suara.TV
1.jpg
2.jpg



No comments:

Loading...