Header AD

Di Usik Setiap Kali Pandang Cermin,Siapa Dalam Cermin?

loading...
loading...
Di Usik Setiap Kali Pandang Cermin,Siapa Dalam Cermin?

Setiap kali kerja melambak di pejabat, sudah pasti Kamalia perlu balik lewat. '

Lagipun, bila kerja lewat, sudah tentu majikannya akan memberi OT. Asalkan kerja siap dengan sempurna, majikannya tidak kisah berapa lama dia berada di pejabat.

Lagipun, bila berada di pejabat lewat malam, Kamalia tidak risau kerana bukan dia sahaja yang ada di situ, ada beberapa orang rakan sepejabatnya yang kadangkala turut sama melunaskan kerja-kerja yang belum siap. Bekerja dalam syarikat yang mengusahakan perkhidmatan kurier memerlukan mereka memberi komitmen tinggi.


Pada hari tertentu, Kamalia perlu menyiapkan sedikit lagi tugas yang belum disiapkan. Dalam sibuk bekerja, Kamalia sedar dia belum lagi menunaikan solat maghrib. Bergegas dia ke tandas untuk mengambil wuduk.

Sebaik selesai wuduk diambil, Kamalia pun menuju ke cermin untuk membetulkan tudungnya. Apabila dia memandang ke cermin, Kamalia hairan kenapa ada wajah wanita yang berpakaian baju tarian mak yong di cermin itu.


Seingatnya, sewaktu dia berada di dalam tandas, hanya dia seorang sahaja yang ada. Bila pula masanya datang penari mak yong. Paling menghairankan, kenapa pula ada penari mak yong di pejabat pada waktu maghrib sebegini.


Kamalia mengucap seketika. Ditutupnya mata. Sebaik dibuka, wajah wanita itu sudah tidak ada di cermin tersebut. Lega hati Kamalia. Mungkin apa yang dilihatnya itu hanya mainan mata sahaja. Terus Kamalia keluar dari tandas dan menuju ke bilik solat.


Keesokan harinya, Kamalia tidak bercerita mengenai peristiwa tersebut kepada rakan-rakan sepejabatnya. Dia tidak mahu menakutkan mereka. Biarlah apa yang berlaku disembunyikan daripada mereka.


Namun harapan untuk menyorok cerita itu tidak kesampaian. Beberapa hari kemudian, Kamalia mendengar cerita bahawa makcik pencuci pejabat pengsan sewaktu dia mahu mencuci tandas.

Cerita Yang Sama

Berdebar Kamalia mendengar cerita itu. Apakah yang menyebabkan makcik itu pengsan. Teringin juga dia berjumpa dengan makcik tersebut untuk mengetahui cerita sebenar.

 Demi kepuasan dirinya, Kamalia terus mencari makcik tersebut di bilik rehat pencuci pejabat.


Hasrat Kamalia itu tidak tercapai kerana makcik tersebut telah balik ke rumah. Menurut rakan makcik itu, sudah tiga hari makcik itu tidak datang bekerja kerana demam. Dia terkejut.


Terkejut sebab apa? Kamalia bertanya pula. Mulalah rakan makcik itu bercerita. Seperti biasa, makcik pencuci itu akan mencuci tandas seawal pagi sebelum pekerja syarikat itu datang.


Namun pada hari kejadian, makcik itu terkejut kerana sedang dia sibuk mencuci tandas, tiba-tiba dia terpandang wajah penari mak yong di cermin. Bukan itu sahaja, setiap kali makcik itu melihat ke belakangnya, tidak ada penari mak yong itu. Makcik itu pengsan sebab ketakutan.


Sudah beberapa hari makcik itu tidak datang bekerja kerana dia takut akan mengalami kejadian yang sama.  Kata rakan makcik itu lagi, berkemungkinan makcik itu tidak akan bekerja di syarikat itu lagi kerana dia lemah semangat.


Mendengarkan cerita rakan makcik itu, hati Kamalia mula gerun. Rupa-rupanya apa yang dilihat di cermin itu bukannya mainan mata. Memang ada penari mak yong di dalam tandas tersebut.


Cuma yang membuatkan Kamalia hairan adalah mengapa pula ada penari mak yong. Apa kaitan penari mak yong dengan bangunan syarikatnya bekerja itu? Kamalia cuba mencari jawapan dengan bertanya kepada majikan dan rakan-rakan sepejabatnya.


Jawapan mereka semuanya sama. Mereka tidak tahu dan mereka juga tidak pernah melihat penari mak yong seperti yang dikatakan oleh Kamalia. Tidak puasa hati, Kamalia berjumpa dengan pengamal perubatan alternatif dan sanggup membawa ustaz tersebut ke pejabat bagi memeriksa apa yang berlaku. Puas ustaz itu memeriksa namun dia tidak dapat mencari penari mak yong itu.


Melihatkan rasa tidak puas hati Kamalia itu, ustaz itu hanya mampu menasihatkan dia agar mengurangkan kerja pada waktu malam. Jika perlu bekerja pun, bacalah doa-doa pelindung diri. Hanya itu sahaja yang mampu ustaz itu pesan padanya.

 Malah, sejak hari itu Kamalia pastikan sentiasa berdoa agar tidak ketemu lagi dengan penari mak yong tersebut.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Di Usik Setiap Kali Pandang Cermin,Siapa Dalam Cermin? Di Usik Setiap Kali Pandang Cermin,Siapa Dalam Cermin? Reviewed by kak tie on 8:34:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan