Header AD

Darah Berketul Dalam Kepala Punca Guru Strok Sebab Stres?

loading...
loading...
Guru Strok Sebab Stres?

PETALING JAYA: Warga pendidik sememangnya memikul tanggungjawab dan amanah untuk melahirkan anak bangsa yang mampu meneruskan kehidupan selesa serta berbakti kepada agama dan negara.

Namun, sedarkah kita tugas murni yang dilaksanakan ini boleh mengakibatkan insan bergelar guru ini berdepan risiko mengalami masalah kesihatan akibat tekanan.
Mungkin juga ia kerana pendidik ini begitu komited dan mahu memastikan amanah yang dipikul dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Dari segi luaran mungkin mereka kelihatan sihat dan cergas, tapi itu bukan jaminan untuk terus ceria pada keesokkan harinya.

Dalam satu kejadian, seorang guru yang dikatakan tidak mempunyai  penyakit, sentiasa nampak cergas dan sihat, secara tiba-tiba telah diserang strok, dipercayai akibat stres.

Mahu menimbulkan kesedaran dalam masyarakat bahawa masalah stres bukan 'perkara main-main', seorang rakannya telah memuat naik posting menceritakan semula tentang kejadian yang menimpa guru berkenaan.

"Tak ada kencing manis atau darah tinggi. Selepas serangan tekanan darahnya 150/90. Normal sepenuhnya! (Saya tak pasti jika dia di bawah deskripsi). Seorang yang ceria dan cergas. Kena serangan strok secara tiba-tiba. Saya sempat bergurau senda dengannya tiga-empat jam sebelum serangan.

"Punca: Tidak diketahui tetapi stres dikatakan penyumbang utama," tulisnya.

Posting tersebut telah menjadi tular di media sosial dan setakat ini mendapat hampir 3,000 perkongsian di Facebook.

Turut dimuat naik adalah gambar darah beku yang didakwa telah berjaya dikeluarkan daripada kepala rakannya itu.

Menurut posting itu, guru berkenaan, seorang wanita berusia 35 tahun adalah seorang yang rajin bekerja.

"Kes kawan saya ni jadi pengajaran kepada kita bahawa stres itu jangan dibuat-buat main. Ia boleh datang secara mendadak dan perlu diurus dengan baik.

"Jalankan tugas dengan sederhana. Lepaskan beberapa perkara jika terlalu banyak tanggungjawab.

"Kalaulah kita dapat lihat tanda-tandanya, mungkin kita dapat elak daripada menjadi lebih teruk," tulisnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen bimbang dengan kejadian ini, selain mendoakan agar pesakit cepat sembuh.

Namun, majoriti mereka berkongsi tentang kejadian ini bersama rakan-rakan dan orang tersayang dengan cara 'tag' nama mereka.

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Darah Berketul Dalam Kepala Punca Guru Strok Sebab Stres? Darah Berketul Dalam Kepala Punca Guru Strok Sebab Stres? Reviewed by kak tie on 8:59:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan