Header AD

Cara Masyarakat Dunia Sambut Ramadhan

loading...
loading...
Cara Masyarakat Dunia Sambut Ramadhan

Seorang penjual menyusun kurma-kurmanya di sebuah kedai di Algiers, Algeria.


Hari ini amat dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia apabila bermulanya bulan yang penuh berkat, Ramadan al-Mubarak. Pada bulan ini, umat Islam dituntut melaksanakan rukun Islam ketiga iaitu berpuasa selama sebulan dan memperbanyak ibadah sunat.
Seluruh penganut Islam menyambut kehadirannya dengan pelbagai cara sejak kira-kira dua minggu lalu. Aneka ragam dapat disaksikan terutamanya di negara-negara berpenduduk Islam apabila orang ramai membuat persediaan.
Rutin utama ialah kebanyakan masjid atau surau dibersihkan dan dilakukan penambahbaikan kerana bakal menerima kunjungan lebih ramai jemaah pada bulan ini untuk menunaikan solat tarawih dan beriktikaf.
Kedatangan bulan Ramadan juga ibarat perayaan. Di Thailand, umat Islam di daerah Yi Ngo, Narathiwat meraikan kedatangan Ramadan dengan mengadakan pertandingan menunggang kuda baru-baru ini. Puluhan penduduk lelaki daerah itu menyertai pertandingan tersebut yang menarik kehadiran ramai penonton.
Di Indonesia pula, satu tradisi unik iaitu kenduri makan tengah hari turut diadakan. Tradisi yang dinamakan Nyadran itu telah berlangsung di kampung Ngadirejo, Temenggung, Jambi seminggu sebelum Ramadan.
Seorang wanita asyik memilih pelita besi tradisional di sebuah pasar di Kaherah, Mesir.



Penduduknya tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak berhimpun di satu lokasi sambil menikmati pelbagai makanan sepuas-puasnya. Ia simbolik sebagai makan tengah hari beramai-ramai terakhir sebelum Ramadan yang menuntut umat Islam menahan diri daripada makan dan minum pada waktu siang iaitu dari terbit fajar hingga tenggelam matahari.
Di Mesir, bulan Ramadan menjadi waktu untuk menghias rumah dengan cahaya. Lentera, pelita atau lampu tradisional menjadi antara kelengkapan yang perlu ada pada bulan itu.
Orang ramai terutama para wanita dilihat membeli pelita besi tradisional itu di sebuah pasar popular di Kaherah baru-baru ini.
Tradisi menghias rumah, kedai, jalan raya dan masjid pada bulan Ramadan sebenarnya telah diamalkan sejak era pemerintahan Khalifah Fatimid (900-an).

Di Pakistan, umat Islam mula membanjiri pasar-pasar menjual kurma. Di Karachi misalnya, para peniaga tidak menang tangan melayan kunjungan orang ramai yang berpusu-pusu untuk membeli kurma.
Agensi
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Cara Masyarakat Dunia Sambut Ramadhan Cara Masyarakat Dunia Sambut Ramadhan Reviewed by kak tie on 5:01:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan