Header AD

Bodyguard tampan Presiden Korea Selatan rasa pelik dirinya tiba-tiba popular

loading...
loading...
Bodyguard tampan Presiden Korea Selatan rasa pelik dirinya tiba-tiba popular

Bodyguard tampan Presiden Korea Selatan rasa pelik dirinya tiba-tiba popular
Apa yang membuatkan Young-Jae menjadi perhatian adalah ketampanannya yang dikatakan persis hero drama Korea.

Gambar Young-Jae tersebar di laman sosial selepas mengiringi Presiden Korea Selatan itu ke sebuah majlis, 13 Mei lalu.

excuse me this is the new korean president's bodyguard pic.twitter.com/aIJVhZjo28
— elena yip (@elena_yip) May 12, 2017
Elena Yip, pemilik sebuah akaun Twitter, merupakan antara yang pertama memuat naik gamabr Young-Jae.

Ia sehingga kini menerima lebih 57,000 likes dan 25,000 retweet.
Menurut laporan akhbar Korea Times, Young-Jae mengakui bimbang dengan gemerlap populariti yang dikecapinya selepas gambarnya ditularkan.

“Secara jujur, saya tidak faham mengapa saya menjadi perhatian.
“Saya tidak sepatutnya popular. Perhatian orang ramai sepatutnya kepada Presiden, bukan saya,” kata Young-Jae.

Siapa dia si tampan Young-Jae?

Apa yang menarik, Young-Jae bukan memegang profesion sebagai pengawal peribadi. Sebaliknya pembabitannya sebagai pengawal peribadi Presiden Moon merupakan kerja sukarela.

Lelaki berusia 36 tahun itu pernah berkhidmat sebagai Komander Khas Peperangan Korea Selatan, dan pernah dihantar bertugas di Lubnan dan Emiriah Arab Bersatu.

Pengalaman itu membawanya untuk melakukan kerja sukarela sebagai pengawal peribadi kerana “saya sukakan Presiden Moon dan berharap dengan membantu menjaga 
keselamatannya, beliau boleh memberi khidmat terbaik untuk rakyat Korea Selatan”.


Biarpun disamakan dengan watak Frank Farmer yang dipegang aktor Kevin Costner dalam filem The Bodyguard, kehidupan Young-Jae tidaklah semisteri yang digambarkan.
Sebaliknya, Young-Jae yang juga seorang ahli perniagaan, hidup bahagia bersama isterinya, seorang guru bahasa Inggeris, dan dua anak perempuannya.


Kontrak Young Jae sebagai pengawal peribadi Presiden Moon dilaporkan telah pun tamat, dan dia dikatakan akan kembali mengendalikan perniagaannya, di samping membantu isterinya menguruskan keluarga.

“Saya tidak dapat memberi perhatian kepada keluarga semasa menjadi pengawal peribadi, tetapi saya bercadang untuk melakukannya selepas kontrak saya tamat,” kata Young-Jae.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Bodyguard tampan Presiden Korea Selatan rasa pelik dirinya tiba-tiba popular Bodyguard tampan Presiden Korea Selatan rasa pelik dirinya tiba-tiba popular Reviewed by kak tie on 6:06:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan