Header AD

Biskut nasi lemak pula jadi trend

loading...
loading...
Biskut nasi lemak pula jadi trend

KUALA LUMPUR - Nasi lemak adalah makanan yang sinonim dalam kalangan masyarakat negara ini.

Kebelakangan ini, dilihat nasi lemak diinovasi menjadi produk yang lain bagi menarik pelanggan untuk membeli.

Trend itu bermula apabila diperkenalkan dengan aiskrim nasi lemak di Kedah, awal Januari lalu.

Baru-baru ini, biskut nasi lemak menjadi trend di laman sosial dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna. 
                                      [​IMG]

Seorang penggemar biskut itu, Raini Portelipo berkata, dia mula menyukainya apabila melihat di Facebook, yang mana dia terus membeli untuk merasa sendiri biskut itu pada awal April lalu.

"Rasanya enak seperti nasi lemak, lemak-lemak dan pedas, setiap biskut ada ikan bilis ada kacang macam nasi lemak.

"Saya suka makan dengan kopi panas, sebalang saya boleh habiskan," katanya.

                              [​IMG]

Menurutnya, biskut nasi lemak itu merupakan satu inovasi yang baik kepada penggemar nasi lemak.

Disebabkan keenakan biskut itu, Raini melihat potensi perniagaan dan terus menjadi ejen di Kuantan.


Masuk Brunei dan Singapura

Pemilik Petitchef Cakes and Bakery, Sharinatul Bahariah Baharun atau lebih dikenali sebagai Chef Sherry berkata, dia melakukan pembangunan dan penyelidikan (R&D) untuk menghasilkan produk ini selama setahun.

"Kami mahu lahirkan produk lain daripada lain dalam pasaran dan akhirnya lahirlah biskut nasi lemak ini, sekali gus memberikan kepelbagaian dalam industri makanan dan minuman (F&B) dalam negara," katanya.
[​IMG] 
Chef Sherry dan Amy Search dengan biskut nasi lemak.




Menurutnya, setiap biskut nasi lemak ini mengandungi sambal, belacan, kacang, ikan bilis, cili, santan dan pes asam, sama seperti nasi lemak tetapi dalam bentuk biskut.

"Biskut ini mempunyai pengesahan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya.

Chef Serry berkata, biskut nasi lemak itu menjadi kegemaran ramai terutamanya pelanggan yang berada di luar negara.

Sejak tiga bulan dipasarkan, Petitchef menerima sambutan di luar jangkaan dan telah menjual 10,000 balang.

Biskut nasi lemak ini boleh didapati menerusi lebih 100 ejen-ejen di seluruh negara dan di Singapura serta Brunei. 

Chef Sherry berkata, Petitchef juga merancang komersialkan produk tersebut ke luar negara pada masa akan datang.

"Kami berharap biskut ini akan menjadi salah satu biskut yang dihidangkan sempena hari raya nanti," katanya.

Petitchef juga akan membuka reruai di beberapa lokasi seluruh negara bermula Ramadan ini.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Biskut nasi lemak pula jadi trend Biskut nasi lemak pula jadi trend Reviewed by kak tie on 8:32:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan