Header AD

Berkeliaran seorang diri di tepi Lebuh Raya Grand .Anak Siapakah Ini?

loading...
loading...
Berkeliaran seorang diri di tepi Lebuh Raya Grand .Anak Siapakah Ini?

Seorang kanak-kanak lelaki ditemui berkeliaran seorang diri di tepi Lebuh Raya Grand Saga selepas Tol Batu 11, di sini menghala ke ibu negara pada Sabtu.

Kanak-kanak lelaki berketurunan Arab ditemui berkeliaran seorang diri di tepi lebuh raya
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata kanak-kanak yang dipercayai berketurunan Arab itu ditemui oleh orang awam kira-kira 4.20 petang Sabtu sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Kanak-kanak berusia lingkungan lima hingga enam tahun itu ditemui memakai baju T berwarna hijau dan seluar pendek berwarna biru gelap serta tidak tahu bercakap bahasa Melayu atau Inggeris,” katanya dalam satu kenyataan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kanak-kanak tersebut atau keluarganya boleh menghubungi Balai Polis Batu 9 di talian 03-9075 8222. – BERNAMA
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Berkeliaran seorang diri di tepi Lebuh Raya Grand .Anak Siapakah Ini? Berkeliaran seorang diri di tepi Lebuh Raya Grand .Anak Siapakah Ini? Reviewed by kak tie on 10:58:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan