Header AD

Ashraf Muslim Tak Malu Bawa Madu ke ABPBH 2017

loading...
loading...
Ashraf Muslim Tak Malu Bawa Madu ke ABPBH 2017

Buat julung kali dalam sejarah, pelakon Ashraf Muslim, 36, hadir bersama dua isterinya ke malam Anugerah Bintang Popular BH edisi ke-30 (ABPBH 3.0), yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam ini.





foto yang berjaya menarik perhatian penonton

Ashraf diapit kedua-dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi ketika melintasi karpet merah.

Mereka menemani Ashraf bagi memberi sokongan kepadanya selepas lapan tahun tidak dicalonkan dalam mana-mana kategori pada anugerah prestij itu.

Ashraf dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Popular ABPBH 3.0.

Bintang drama Biar Aku Jadi Penunggu itu berkata, kehadiran dua isteri itu adalah sebagai tanda sokongan terhadap kerjaya seninya.

“Sebelum ini, saya dicalonkan ketika belum berumah tangga. Tetapi, selepas berkahwin, inilah kali pertama saya membawa mereka bersama-sama.

“Diyana dan Sakina adalah kekuatan dan penyokong utama saya. Mereka banyak membantu saya dan memberi semangat untuk saya terus berjuang dalam industri.

“Saya menghargai pengorbanan mereka dan berkongsi detik manis pada ABPBH 3.0, jadi tidak salah mereka sama-sama berada di samping saya malam ini,” katanya.

Ashraf bersaing dengan empat calon lain iaitu Fattah Amin, Syafiq Kyle, Syukri Yahaya dan Aiman Hakim Ridza.

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Ashraf Muslim Tak Malu Bawa Madu ke ABPBH 2017 Ashraf Muslim Tak Malu Bawa Madu ke ABPBH 2017 Reviewed by kak tie on 10:41:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan