Header AD

Anak-anak Di Asrama Ini Rindukan Ibu Mereka..."Kakak!!..Saya Rindu Mak!!"

loading...
loading...
Anak-anak Di Asrama Ini Rindukan Ibu Mereka..."Kakak!!..Saya Rindu Mak!!"

Di asrama sekolah ini ada hati yang kerinduan. Kadangkala sebagai lelaki yang sudah hampir separuh abad usia, saya pun tak mampu menahan sebak bila mendengar dan melihat anak-anak armada kasih asrama SK Melugu ini merindukan ibu mereka.
Ya Ibu, siapa lah yang tak rindukan ibu, sedangkan kita yang dah tua dan ibu sudah lama meninggal dunia pun setiap hari memanjatkan doa buat ibu.

Apatah lagi anak-anak berusia 7 tahun atau 6 tahun lebih yang sudah berjauhan dengan ibu mereka dan tinggal di asrama demi menuntut ilmu.
Sebagai guru saya melihat beberapa ciri yang ada pada murid-murid asrama ini menurut perintah ibu walaupun ibu jauh dari mereka.

Secara tidak langsung mengimbau kenangan saya semasa masih darjah 1 dahulu.
Setiap kali ayah memberikan belanja pada saya sebanyak 15sen. Maka mak akan ikat duit itu dibucu saputangan dan bucu bertentangan diikat pada tempat talipinggang di seluar.
Bagi anak-anak asrama pula rata-rata saya lihat di leher mereka terkalung rantai dari tali nilon atau reben yang menggantung anak kunci seolah amanah ibu utk menjaga hartabenda mereka di loker asrama.
Demikianlah patuh pada pesan ibu mereka.
Kadangkala ada yang hanya membawa RM3 sahaja dan ada yang tiada membawa wang saku langsung.
Bila seorang rakan membeli ice cream maka rakan yang tiada wang akan mendekati. Namun yang indah mereka yang membeli sudi berkongsi. Mereka menikmati ice cream berdua atau bertiga sambil ketawa.
Bila melihat keadaan itu saya akan hulurkan RM5 untuk mereka belikan ice cream supaya mereka menikmati dengan lebih ramai rakan rakan yang tiada membawa belanja.
Bagi anak-anak asrama yang tahun satu apa bila berjauhan satu benda yang amat terkesan ialah kerinduan pada ibunya.
Pernah saya dengar kisah menyayat hati seorang murid lelaki berusia 6 tahun lebih masuk darjah satu di sekolah dan tinggal di asrama kerana rumah panjang terlalu jauh.
Nasib baik di sekolah yang sama ada kakaknya yang belajar di tahun 4. Jadi dapatlah kakaknya menjaga adiknya.
Namun pada awal tahun persekolahan setiap malam selepas jam 9.00 malam pintu asrama perempuan akan diketuk oleh satu tubuh kecil.

“Kak! Kak! aku lelenggau indai, aku ka indai!” (Kak, saya rindu pada ibu) kata anak yang bertubuh kecil itu mengetuk pintu memanggil kakaknya.
Dalam beberapa ketika terdengar suara sedu tangis murid lelaki tadi.

Maka pintu dibuka dan kakaknya yang belajar di tahun empat memujuk dan membawa adiknya ditempat tidur dan mendodoikannya hingga adiknya tertidur selepas teresak sendunya merindukan ibu berhenti.
Sungguh kuat nilai kasih sayang seorang kakak kepada adiknya.
Itulah realiti kehidupan di asrama-asrama pedalaman Sabah dan Sarawak yang orang luar tidak pernah tahu.
Dan atas ketabahan itulah mereka belajar menjadi manusia yang kuat dan berani menempuh pelbagai cabaran kehidupan tak kira dimana mereka berada.
Segalanya bermula dari kehidupan di asrama.
Kepada sahabat-sahabat saya yang pernah mengalami atau melihat peristiwa begini dahulu, lihatlah diri anda, anda sudah berjaya kan? Inilah bukti anda sememangnya hebat dan berjiwa kental.
Tinta Cikgu Emmet
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Anak-anak Di Asrama Ini Rindukan Ibu Mereka..."Kakak!!..Saya Rindu Mak!!" Anak-anak Di Asrama Ini Rindukan Ibu Mereka..."Kakak!!..Saya Rindu Mak!!" Reviewed by kak tie on 9:43:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan