Header AD

Amaran Pihak Berkuasa Kepada Orang Ramai Yang Memviralkan Isu Hon Kereta

loading...
loading...
Amaran Pihak Berkuasa Kepada Orang Ramai Yang Memviralkan Isu Ini

SEBUAH video menjadi tular di media sosial apabila satu kekecohan dirakam  berlaku di sebuah surau selepas solat Jumaat hari ini.

Video kekecohan itu dikatakan berlaku di Austin Perdana, Johor Bahru.

Berdasarkan laporan polis oleh Khairul Azlan Ab. Salam, ketika beliau sedang solat, pemandu itu bertindak untuk membunyikan hon secara berterusan kerana mahu meggerakkan keretanya.




Beliau kemudian keluar dan cuba menenangkan pemandu dan pihak surau juga telah memberi laluan untuk keluar.

Namun pemandu itu bertindak menekan pedal dan melanggar kenderaan di depannya serta mengundur secara mengejut sehingga melanggar beberapa orang awam termasuk seorang lelaki yang berusia 50-an.

Tindakan itu menyebabkan sekumpulan orang yang selesai menunaikan solat di masjid berkenaan naik berang dan mengejar kereta terbabit seterusnya memecahkan cermin kereta tersebut.

Bilik Gerakan Polis Setia Indah Johor mengesahkan kejadian dan ketika ini sedang mengambil keterangan dari semua pihak terlibat.

Video yang berdurasi sekitar 1:10 saat tersebut telah dimuat naik di laman Facebook Malaysian Response Team.

Laporan mengenai insiden itu dibuat di balai polis Setia Indah.


Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Amaran Pihak Berkuasa Kepada Orang Ramai Yang Memviralkan Isu Hon Kereta Amaran Pihak Berkuasa Kepada Orang Ramai Yang Memviralkan Isu Hon Kereta Reviewed by kak tie on 8:51:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan