Header AD

Ajal pulang on call .. Dr Huda maut kereta terbabas pulang bertugas di HUSM (4Gambar)

loading...
loading...
Ajal pulang on call .. Dr Huda maut kereta terbabas pulang bertugas di HUSM (4Gambar)

Setiu : Seorang Doktor wanita maut apabila kereta dipandu nya terlibat dalam kemalangan di Pengkalan Gelap Setiu awal pagi tadi.

Dr Nurul Huda Ahmad dikatakan pulang dari bertugas ON CALL kereta yang dipandunya dipercayai terbabas berkemungkinan dia mengantuk atau kepenatan selepas bertugas.

Semasa kejadian dia dalam perjalanan pulang ke Besut Terengganu untuk berjumpa keluarga nya yang berada disana.

Arwah maut ditempat kejadian impak dari kemalangan yang menimpanya, kehilangan nya amat dirasai kerana arwah seorang Doktor yang sangat berkelibar dan disenangi ramai.
Dr%2BHuda%2Bpediatrik%2BHusm%2B6.jpg

Dr%2BHuda%2Bpediatrik%2BHusm%2B2.jpg

Dr%2BHuda%2Bpediatrik%2BHusm%2B1.jpg
Innalillahi wainna Ilaihi Raajiuun ...


PEKA kehilangan seorang Pegawai Perubatan Sarjana Pediatrik ,Dr Nurul Huda Ahmad , yg terlibat dengan kemalangan maut jalanraya dalam perjalanan pulang ke Trengganu untuk menemui 3 anak2 dan suami. Beliau kembali ke Rahmatullah semalam.

Di kalangan warga Pediatrik HUSM  Beliau terkenal sebagai seorang doktor yg sentiasa senyum, amat berdedikasi dengan tugasnya dan berakhlak tinggi.

Sifatnya yg penyayang menyebabkan beliau juga turut disayangi oleh pesakit2 wad 6U. Malah, kami turut terkejut dan bersedih dengan kehilangan seorang yg mempunyai potensi yg tinggi sbgai Pakar Pediatrik.

Kehilangan beliau mengejutkan semua di kalangan kami. Warga Kampus Kesihatan USM termasuk pimpinan tertinggi Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Pensyarah2 Pediatrik, rakan2 Pegawai Perubatan Sarjana Pediatrik, warga kejururawatan HUSM dan ahli2 PEKA HUSM turut hadir bersama memberi penghormatan terakhir dan menghadiri solat jenazah arwah di Kampung Rawa Kg Raja Trengganu pagi ni.

Sama2 kita doakan moga Allah tempatkan beliau di tempat yg mulia di Jannah.

Salam Takziah dari PEKA dan dari warga Pediatrik USM
.
Admin PEKA.

Semoga roh nya dicucuri rahmat Arwah meninggalkan suami dan 3 anak, punca sebenar kejadian masih disiasat oleh pihak berwajib. Al fatihah 
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Ajal pulang on call .. Dr Huda maut kereta terbabas pulang bertugas di HUSM (4Gambar) Ajal pulang on call .. Dr Huda maut kereta terbabas pulang bertugas di HUSM (4Gambar) Reviewed by kak tie on 7:56:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan