Header AD

Air Nabeez Pilihan Nabi Muhammad s.a.w Untuk Minum Setiap Kali Sahur

loading...
loading...
Air Nabeez Pilihan Nabi Muhammad s.a.w Untuk Minum Setiap Kali Sahur

Air nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Rendam kurma dengan air masak pada waktu malam dan anda boleh minum setiap kali bersahur. Insyaallah, perut tahan lapar dan dahaga.

Air ini membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya didalam tubuh. Sangat berguna sebagai detox. Disebabkan air nabeez tinggi dengan kadar fiber, ini mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar anda tidak mudah lupa.

Elok buat air ini untuk sekali minum. Jangan simpan lama sangat, lebih 3 hari jadi masam dan tak boleh diminum.

Cara-cara:

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1 liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Ada juga yg guna kismis tetapi jangan campur, ya. Kalau buat kurma, kurma saja. Kalau kismis, kismis saja.

2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.

3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.

4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari-hari lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.


LARANGAN: Tidak boleh mencampurkan sekali gus buah kurma dan kismis dalam satu bekas. Buatlah asing air nabeez kurma atau kismis.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Air Nabeez Pilihan Nabi Muhammad s.a.w Untuk Minum Setiap Kali Sahur  Air Nabeez Pilihan Nabi Muhammad s.a.w  Untuk Minum Setiap Kali Sahur Reviewed by kak tie on 5:04:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan