Header AD

Video Susunan Batu Misteri Di Pulau Kerengga Di Kepulauan Redang Jadi Tanda Tanya (12 Gambar)

loading...
loading...
Video Susunan Batu Misteri Di Pulau Kerengga Di Kepulauan Redang Jadi Tanda Tanya (12 Gambar):



                                       
Pulau aneh dengan batu-batu yang tersusun rapi bagaikan taman purba di kelilingi batu dan coral mati di kepulauan Redang Terengganu itu cukup menarik untuk dijadikan tarikan pelancongan baharu di situ.

Pulau yang berhadapan dengan resort Redang Mutiara itu dikenali sebagai Pulau kerengga ataupun Pulau Batu tersusun itu boleh dilihat dengan jelas dari jeti resort terbabit.

Menurut Tukang masak Resort Redang Mutiara, Zainab kadir, 53 tahun ,batu-batu yang tersusun di situ sudah ada sejak sekian lama sebelum dia bekerja di pulau itu lagi.



                                   


Zainab atau lebih mesra dengan panggilan ” MOK” yang sudah bekerja selama 7 tahun , menceritakan keunikkan di kawasan itu yang  tanpa penghuni dan keperluan asas.

Katanya, pernah suatu ketika dia ke sana untuk melihat batu-batu unik dan tersepak tanpa sengaja, lalu beliau ingin menyusun kembali batu itu seperti keadaan asal namun tidak berjaya.



                   


“Pernoh satu ketika tu mok   tersepak batu dan terjatuh batu yang tersusun tu, tapi mok  cuba susun balik tapi tidak berjaya, tapi bila mari semula, batu tersusun balik seperti asal.

“Kalau orang ramai nok mari , tapi mari lah untuk buat kajian  sebab dok masuk akal kalau kita tengok cara sususnan batu tu, dengan pelbagai bentuk boleh tersusun gitu, dan ia bukan jenis batu bata yang orang buat rumah  dengan bentuk yang sama rata.



                                      


‘Dulu ada orang kampung  yang cuba nak alihkan batu yang besar macam kubah masjid tu tapi tidak berjaya, batu itu bukan melekat , tak tahu lah sebab –sebabnya, misteri sungguh, katanya kepada Terengganu Times ketika mengunjungi Pulau itu.

Selain dari itu , Zainab menceritakan juga perkara aneh yang berlaku kepada dirinya, semasa kunjungi pulau kerengga itu dia pernah membawa balik ke resort coral yang sudah mati untuk dijadikan hiasan.



                 


“ingat nak buat hiasan coral mati tu sebab ia sangat menarik dan cantic, tapi bila bangun pagi tengok semua coral tu dah hilang , mungkin kerana mok tidak mintak izin dari penghuni situ, walaupun kita rasa itu bukan yang orang punya, tapi hakikatnya gitu la, susah nak cerita.

“Di situ boleh dilihat dari jauh  macam pulau pasir,  itu bukan timbunan pasir, tapi ianya timbunan coral mati yang terkumpul di situ seperti ada orang hantar, kalau arus bawa, kenapa dekat situ sahaja ianya terkumpul sepatutnya ia akan naik jugak ke kawasan-kawasan pantai Redang ini, ianya perkara yang pelik pada mok.

“Orang-orang dulu pernah bagitahu, Pulau tu dijaga oleh Puteri Cempaka Kuning, tapi mok tidak pernoh jumpa lagi Puteri tu, ujarnya lagi.

                


Tambahnya lagi, Pulau Batu Tersusun tu boleh jadi tarikan baru untuk pelancong yang datang ke Pulau Redang , akan tetapi kawasan terbabit boleh sampai dengan bot kecil sahaja yang memuatkan 3 hingga 4 orang,ianya kerana pulau itu di kelilingi batu-batu dan coral.



                    
                         
                                               
                      




                                           
                                         

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Video Susunan Batu Misteri Di Pulau Kerengga Di Kepulauan Redang Jadi Tanda Tanya (12 Gambar) Video Susunan Batu Misteri Di Pulau Kerengga Di Kepulauan Redang Jadi Tanda Tanya (12 Gambar) Reviewed by kak tie on 5:28:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan