Header AD

Tak Ubah Pakaian, Pakai Yang Sama Setiap Tahun. Baginda Sultan Muhammad V Sangat Berjimat Dalam Soal Pakaian!

loading...
loading...
Tak Ubah Pakaian, Pakai Yang Sama Setiap Tahun. Baginda Sultan Muhammad V Sangat Berjimat Dalam Soal Pakaian!:

Tak Ubah Pakaian, Pakai Yang Sama Setiap Tahun. Baginda Sultan Muhammad V Sangat Berjimat Dalam Soal Pakaian!


FW522786_FEA06_170417_SONGKET.jpg

Pengurus Pantas Batek and Enterprise Zuhairi AbdullahOleh Mohd Fakri Awang Lah

KOTA BHARU, (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V diperkatakan seorang raja yang cukup berjimat dalam soal pakaian.

Zuhairi Abdullah, Pengurus Pantas Batek and Enterprise, syarikat yang diberi tugas menyediakan persalinan rasmi baju Melayu songket Seri Paduka berkata, sifat baginda yang merendah diri menyebabkan jarang sekali baginda meminta dibuatkan persalinan baju Melayunya.

Baginda sering menggunakan pakaian sedemikian berulang kali, kata beliau.

"Biasanya Seri Paduka tak ubah pakaian baginda setiap tahun. Mungkin sifat Seri Paduka yang 'down to earth' (berpijak di bumi nyata), baginda cuba menggunakan apa yang boleh dipakai," katanya.


FW522787_FEA07_170417_SONGKET.jpg

Penenun songket Kelthom Hussein menunjukkan songket bermotif Bungai Cermai Tapak Sulaiman yang ditempah pihak istana untuk Sultan Muhammad V

Zuhairi berkata Seri Paduka mengenakan persalinan berwarna biru buatan perusahaannya ketika keberangkatan baginda ke Kuala Lumpur pada 13 Dis lepas bagi menduduki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Katanya, persalinan yang sama turut dipakai baginda ketika menyambut keberangkatan tiba Raja Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud ke Malaysia pada 1 Mac lepas, dan ketibaan Presiden Perancis Francois Hollande pada 28 Mac.

Dalam pada itu, walaupun kini menjawat kedudukan tertinggi negara, baginda tetap memilih sentuhan penenun tempatan bagi menyediakan persalinan rasmi baju Melayu songket.


FW522784_FEA01_170417_SONGKET.jpg

Zuhairi Abdullah menunjukkan bengkung baju melayu corak Siku Lawi yang di tempat diri pihak istana untuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V

Baginda memberi kepercayaan itu kepada Pantas Batek and Enterprise. Zuhairi berkata sejak puluhan tahun, perusahaan menenun songketnya berjenama Che Minah Songket menjadi pilihan hati baginda ketika bergelar Tengku Mahkota Kelantan lagi.

Beliau berkata baginda mempunyai empat persalinan berwarna kuning, putih, biru dan terbaharu, berwarna merah bersulam benang emas dan kesemuanya berwarna lembut.

"Ketika Seri Paduka bergelar Tengku Mahkota Kelantan, baginda mengenakan persalinan baju Melayu berwarna kuning, dan selepas baginda dilantik sebagai Sultan Kelantan, pakaian rasminya berwarna putih dan biru," kata Zuhairi ketika ditemui Bernama di Butik Che Minah Songket di Penambang di sini.

Beliau berkata terbaharu, Pejabat Istana Kelantan meminta perusahaannya menyediakan sepersalinan baju Melayu berwarna merah untuk kegunaan baginda Sultan.

Bercerita mengenai motif eksklusif pilihan Seri Paduka, Zuhairi berkata bagi baju biru berwarna turqoise, tenunan bercorak bintang dipanggil 'Kuih Manis' ditenun bagi keseluruhan kain dan corak Pagar Kota Raja ditenun di bahagian kaki kain.

Manakala bagi baju putih dan merah, tenunan songket bermotif Bunga Cermai Tapak Sulaiman ditenun di bahagian baju dan corak Siku Lawi di bahagian kaki kain.

Katanya, kesemua corak berkenaan mula digunakan oleh baginda ketika baginda masih bergelar Tengku Mahkota dan tidak pernah berubah.

"Kami mengambil masa kira-kira sebulan untuk menyiapkan sepersalinan lengkap pakaian Seri Paduka merangkumi kain songket sepanjang 6 meter, sampin (2.5m), bengkung dan tengkolok.

"Songket yang ditenun menggunakan benang sutera halus dan ringan, justeru seorang penenun berpengalaman kira-kira 40 tahun ditugaskan untuk menenun songket Seri Paduka bagi mengelakkan kecacatan pada kain songket," katanya.

Ditanya mengapa Istana Kelantan memilih perusahaannya untuk menyediakan kain songket kepada Seri Paduka, Zuhairi berkata perusahaannya telah lama menjadi pilihan anggota kerabat Diraja Kelantan.

Zuhairi berkata ia bemula lebih 100 tahun lalu apabila salah seorang moyangnya menghasilkan 'kain limar' untuk dipakai oleh pembawa bunga emas ke Siam (Thailand).

Menjelaskan lanjut, Zuhairi yang kini anggota generasi kelima penenun songket itu berkata neneknya, Che Minah Omar kemudiannya belajar dengan moyangnya itu untuk menenun songket dan perusahaan itu dimulakan pada 1940an.

Beliau berkata bermula dari itu, secara tidak rasmi perusahaan ini menjadi pilihan kepada kerabat Diraja Kelantan bagi mendapatkan persalinan songket untuk kegunaan mereka.

"Sejak perusahaan ini dimulakan lebih 70 tahun lepas, kami turut menenun songket untuk nenda Seri Paduka, Almarhum Sultan Yahya Petra dan ayahanda Seri Paduka, Sultan Ismail Petra.

"Malah kami turut menyediakan pakaian songket untuk kegunaan penerima Darjah Kebesaran Diraja Kelantan yang membawa gelaran Datuk," katanya.

Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Disember tahun lepas.



image.jpg

Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara pada 24 April ini.

-- BERNAMA ​​​​​​​
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Tak Ubah Pakaian, Pakai Yang Sama Setiap Tahun. Baginda Sultan Muhammad V Sangat Berjimat Dalam Soal Pakaian! Tak Ubah Pakaian, Pakai Yang Sama Setiap Tahun. Baginda Sultan Muhammad V Sangat Berjimat Dalam Soal Pakaian! Reviewed by kak tie on 7:54:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan