Wednesday, 12 April 2017

Tahukah korang.. Selain kopi, 4 bahan ini pun boleh hilangkan mengantuk!

loading...
Tahukah korang.. Selain kopi, 4 bahan ini pun boleh hilangkan mengantuk!:



Selain Kopi, 4 Bahan Ini Pun Boleh Hilangkan Mengantuk!


Pengambilan kopi atau kafein dikatakan mampu menghilangkan rasa mengantuk dan membuatkan tubuh badan kekal segar.


Namun tahukah anda, pengambilan kafein yang berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan badan.

Selain kopi yang menjadi kebiasaan, mungkin anda boleh mencuba empat bahan ini untuk kekal segar dan menghilangkan rasa mengantuk:





1. Coklat Gelap

Tahukah anda, coklat gelap adalah salah satu makanan yang boleh menggantikan kopi untuk hilangkan rasa mengantuk. Selain rasa yang sedap dan kandungan kafein yang rendah berbanding kopi, coklat gelap juga akan membuatkan anda rasa lebih segar.





2. Akar Bunga Dandelion

Kajian mendapati bahawa akar bunga dendelion ini dapat menghilangkan rasa mengantuk. Anda boleh cuba untuk keringkan akar bunga ini terlebih dahulu, kemudian bancuhkan dengan air. Percaya atau tidak, rasa akar dendelion ini sama seperti kafein tetapi lebih sihat dan semula jadi.





3. Buah Avokado

Buah ini amat popular di kalangan mereka yang sedang berdiet atau ingin menurunkan berat badan. Selain mengandungi sumber lutein karotenoid yang baik untuk membantu melindungi mata daripada daripada katarak, buah ini juga dapat memberi tenaga dan menghilangkan rasa mengantuk.





4. Kacang Badam

Badam sememangnya terkenal dengan kandungan khasiatnya seperti kaya dengan protein, serat, kalsium dan banyak lagi. Selain itu, badam juga amat membantu untuk menghilangkan rasa mengantuk serta merendahkan risiko darah tinggi dan serangan jantung.

Sumber : Hanasuva.com

Teks : Izzat Ridzwan


No comments:

Loading...