Header AD

SEMINGGU SEBELUM KEMATIAN MAT ARIP

loading...
loading...


SEMINGGU SEBELUM KEMATIAN MAT ARIP



Setiap kali aku melewati perkarangan Masjid Lebai Hashim di Bukit Minyak, Bukit Mertajam, untuk pulang ke rumah sewa di Taman Kota Permai, sering kali jugalah ingatanku terimbau bila mana terpandang perkarangan kubur tempat bersemadinya mereka yang pernah hadir di sepanjang hidupku.

 Di situ telah bersemadinya rakan2, nenek & ibu saudaraku yang lebih awal dijemput Allah. Kenanganku pada arwah Zharif atau lebih mesra di kalangan rakan2 sebagai Mat Arip.
Sebelum tahun 2010, aku dan keluarga (orang tua & adik2) tinggal di Taman Markisah yang juga berhampiran kawasan Bukit Minyak sejak tahun 1992. Sepanjang tinggal di sana, aku telah kehilangan 4 orang rakan akibat kemalangan jalan raya. Salah seorangnya Mat Arip yg meninggal dunia sekitar awal tahun 2004.
Aku kenal Mat Arip yg baru berpindah ke Taman Markisah kalau tak silap pd 1998.

Kami tidaklah rapat malah sekadar mengangkat tangan bila terserempak di kawasan kejiranan. Kadang-kadang masing-masing buat tak peduli bila ternampak.
Terdapat sedikit persamaan antara kami iaitu masing-masing mempunyai sebuah motor kapcai jenis Honda 70. Aku punya jenis lampu bulan & Mat Arip jenis lampu petak.

Aku tak rapat pada awalnya mungkin kerana aku berbeza sekolah dengannya tambahan pulak dia muda setahun daripada aku. Satu lagi sebab waktu itu aku tak berapa berkenan dengan style dia yang ke hulu ke hilir motor kapcai Honda 70nya dengan ekzos bising. Pernah suatu ketika arwah bereksperimen menyambung buluh di ekzos motor.
Lalu bergemalah bunyi meletup-letup kapcainya tu. Rumahku di hadapan laluan utama di depan taman jadi selalulah nampak dia kalau bersiar-siar dengan kapcai setiap petang dan jarak rumah dia dengan rumahku sekitar 200 meter saja. Dengan aku dia sedikit sombong la tapi bila jumpa kawan2 aku yg lain, dia agak ramah dan mudah membantu.
Habis SPM, aku menyambung pelajaran di tingkatan 6 di tahun 2003. Waktu itu aku cuba mencari duit poket dengan membantu seorang kakak (Kak Sue) di gerai burger di depan taman.

Ketika itulah, hubungan kami jadi rapat kerana Mat Arip pun pernah bekerja dengan Kak Sue & suaminya namun tidak lama kerana tak berpuas hati soal pembayaran. Aku tak kisah dapat income kecil janji dapat cuba benda baru dan duit poket.
Dari situ kami jadi rapat. Mat Arip sering lepak di gerai burger tempat aku bekerja. Selalu juga dia tolong aku kalau nampak aku sibuk. Beberapa kali juga dia pernah bantu aku ke kedai frozen kalau aku ada masalah.

 Bila nak hulur duit minyak, dia menolak. Cukup sekadar belanja daging burger favorite dia (daging tak dibelah tengah digoreng dgn bawang). Dia pun faham sebab aku dibayar upah rm5 sehari tanpa pembantu. Jadi ditolongnya aku meringankan beban.
Sampai ketika aku daripada kerja dgn Kak Sue sampailah dapat sewa gerai tu sendiri beberapa bulan kemudian. Aku ajak Mat Arip sama-sama bekerja tapi dia tolak…jdi aku ambil Meon (Syazrul Ikmal) dan Mamu (Muhammad Afif) sebagai pembantu. Mat Arip masih sering lepak dgn kami setiap malam dan bantu mana yang patut.
Masuk upper 6, aku buat keputusan nak berhenti meniaga kerana nak tumpu STPM. Aku pilih Februari utk mula stop meniaga burger dan semua rakan akur termasuk Mat Arip.
Jadi kisahnya bermula di sini. Sekitar awal tahun 2004 (tak ingat tpi dekat2 nak Februari), petang tu Mat Arip nak tolong aku pergi beli stok2 burger di kedai lain yang jauh sedikit dri tempat yang aku biasa beli sebab ada stok yang tak ada di kedai biasa.

Lagipun kata Mat Arip, dia nak singgah di kilang Syafiq (bukan nama sebenar) di Simpang Ampat sebab nak jumpa rakan2 kami yg tengah lepak di sana.
Aku yang membonceng kapcai Honda Mat Arip dah masak dgn cara tunggangan dia. Macam ribut selalunya. Tapi hari itu lain macam sket. Mat Arip bawak relax cuma menyelit sikit2 jer la.

Taklah cuak mcm selalu aku naik dgn dia sebelum2 ni. Sampai di kilang Syafiq, kami nampak member dalam 5, 6 orang tengah baik ‘yamseng’ arak. Syafik nampak kami berdua dah smpai terus dia nak hulur segelas kat Mat Arip…
Syafiq tahu aku tak minum jdi dia tak pelawa akulah. Dengan tiba2 Mat Arip bersuara kuat “Aku dah tak sentuh la ayaq kencing setan ni. Apalah nak jadi kat hangpa ni…” antara kata2 yang aku masih ingat. Aku terkejut malah rakan2 yang lain terpinga-pinga sebab Mat Arip tak pernah2 nak bersuara tinggi pasal ni. Habis membebel, Mat Arip terus ajak aku balik bukak gerai sebab dah nak maghrib.
Di atas motor, aku tanya dia “Aku ingat hang ajak pi jumpa Syafiq sebab nak pi yamseng skali dengan depa”. Kata Mat Arip, “Taklah aku hantar surat bapak aku kat dia”…ya, aku tak ingat pulak yang Mat Arip ni part-time dgn ayah dia yg ada company senibina.

Time atas motor tu, berkali-kali Mat Arip pesan kat aku jgn diikut perangai rakan2 yg minum arak…dan dia luahkan perasaan kecewa terhadap Syafiq yang dia sifatkan rakan rapat sejak sekolah…aku perasan Mat Arip bawak motor lagi relax time ni banding sebelum pergi.
Habis di situ, aku kerap jumpa Mat Arip lagi lepas tu…adalah dia ajak lepak2 minum. Yang aku jadi mcm tak percaya bila dia belanja makan….tak pernah-pernah dia nak belanja camni walaupun dia tau aku ada duit sbb berstatus tokey burger time tu…haha.
Pastu esok2nya malam Mat Arip datang ke rumah aku bersama Mamu. Dia ajak lepak depan rumah aku nak bersembang. Macam2 topik yang kami bualkan…tak sembang kosonglah sangat.

Antaranya, banyak sentuh pasal pelajaran. Mat Arip kata lagi 3 hari dia nak ke Kolej Komuniti di Kepala Batas nak mohon belajar. Katanya tak mahu sekadar ada SPM. Lagipun segan tengok kawan2 yang tak patah semangat sambung belajar. Termasuklah aku yang waktu itu di tingkatan 6.
Dia banyak nasihat aku malam itu sampaikan aku bersuara “hang ni lain macam ja Mat Arip…nasihat aku mcm2 ni ada apa2 ka? Aku takdak syiling nak bgi kat hang..”

Dia kata tak ada apa2 cuma tak mahu lihat kawan-kawan rosakkan masa depan. Dia bagi contoh terdekat rakan2 yang terjebak dengan jenayah & dadah. Jadi dia tak mahu itu berlaku pada aku dan Mamu.

Malam itu juga kami banyak mengimbau kenangan sebelum ini terutama waktu Mat Arip belum rapat dgn aku. Aku dikatakannya sombong dahulu. eh, aku pun sangka dia sombong dulu…benarlah kata2 tak kenal maka tak cintalah ya…haha
Tak silap kami lepak malam tu lama benar…sejak pukul 9/10 lebih smpailah ke pukul 4 pagi. Aku cakap kat Mat Arip & Mamu yang aku bajet sampai pukul 2 nak masuk tidur tapi banyak kali ditahan Mat Arip. Katanya, “bila lagi nak lepak dengan hang sebab lepas ni aku nak sambung belajar di tempat lain, Mamu pun dah nak pi tempat lain. Hang pun nanti habis STPM trus boleh masuk universiti kalau dpat result 4 prinsipal saja…”
Banyak kali kot dia ditahan aku daripada masuk rumah. Jam pukul 4 kami pun salam2 lalu Mat Arip dan Mamu pun pulang. Sebelum pulang, lagi sekali Mat Arip byk memberikan nasihat yang berulang mengenai pelajaran & turut dititipkan doa kejayaan buat kami semua.
3 hari berlalu, hari itu hari isnin, jam sekitar 12 lebih tengahari, adik perempuan aku mengejutkan aku yang masih di kamar tidur. Hari cuti sekolah biasalah bangun lewat. Haha. Dengan suara cemas adik berkata “Abang, abang! Mat Arip meninggal!”. Aku yang separa sedar bertanya Mat Arip mana satu ni? (ada dua rakan nama sama). “Mat Arip Pakcik Senu lah,” kata adik. Aku bingkas bangun terus bersiap-siap menuju ke rumah arwah.
Di sana aku mendapat khabar Mat Arip meninggal akibat kecederaan di kepala dalam kemalangan melibatkan lori di lebuhraya hadapan Masjid Seberang Jaya sewaktu dalam perjalanan ke Kolej Komuniti di Kepala Batas. Rakannya yang aku tak kenali membonceng bersama arwah khabarnya cedera di kaki.
Aku nampak adik lelaki Mat Arip tengah bersedih di halaman rumah. Aku tegur dan dia kata arwah tengah dibedah siasat dan akan dikebumikan selepas Asar.

Adiknya yang mirip rupa arwah tu bercerita pagi itu arwah sangat lain. Tutur katanya baik dan siap bantu repair motor kapcai adiknya sebelum bertolak ke Kepala Batas.
Lepas Asar, jenazah tiba di perkuburan. Kami yang menanti di sana sempat diberi peluang menatap wajah arwah buat kali terakhir. Saat itu, tak dapat aku gambarkan betapa sedihnya perasaan hati ini apatah lagi terkenang seminggu yang terakhir itu bersama arwah….dan paling tersentuh pada malam 3 hari sebelum kematiannya. Rupa-rupanya arwah halang aku daripada menghentikan perbualan malam itu kerana itulah malam terakhir aku berbicara bersama arwah.
Aku sangat berterima kasih pada Allah kerana menghadirkan rakan seperti arwah yang pernah memberi inspirasi serta mendoakan kejayaanku dalam STPM sehingga ke menara gading.
Al Fatihah kepada sahabatku itu, Zharif Syafiq bin Senu. Terima kasih kerana membaca serpihan kisah hidupku ini.
– Pak Usop –
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
SEMINGGU SEBELUM KEMATIAN MAT ARIP SEMINGGU SEBELUM KEMATIAN MAT ARIP Reviewed by kak tie on 7:26:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan