Header AD

Sejarah Pelik Berlaku Bila Tan Sri Malik Melihat Lukisan Orang Utan

loading...
loading...
Sejarah Pelik Berlaku Bila Tan Sri Malik Melihat Lukisan Orang Utan

Suatu hari Tan Sri Malik mendapat jemputan melawat pameran lukisan. Oleh kerana ketika itu beliau sedang sakit mata dan penglihatannya kabur, maka Tan Sri Malik mengajak setiausaha peribadinya, Salina untuk menemaninya.

Tan Sri: Wow, cantiknya lukisan ni. Gambar ikannya benar-benar hidup!
Salina: Syhhhh … jangan cakap kuat-kuat Tan Sri. Itu gambar buaya!
Tan Sri: Oh, itu BUAYA! (Kemudian Tan Sri dibawa melihat lukisan lain)

Tan Sri: Lukisan gajah ini nampak gagah sekali. Belalainya panjang macam serunai sumbu! (Setelah dua kali ditegur kerana kerabunannya, Tan Sri cuba untuk tidak memberi komen pada lukisan lainnya sehinggalah beliau sampai ke suatu sudut).

Tan Sri: Wow!!! Amazing. Lukisan Orang Utan ni begitu halus sekali garisannya. Ia seperti hidup dan bergerak-gerak pula tu!

Kali ini Salina terus ketawa terkekeh-kekeh dan berkata:
“Tan Sri .. itu kan cermin. Hmm! yang itu .. muka Tan Sri sendiri .. bukan lukisan Orang Utan! Sendiri mau ingatlah ..!!


Haha!!. tergelak aku baca kisah Tan Sri dan lukisan Orang Utan ini. Bagi aku ia memang lucu. Kasihan kat Tan Sri Malik tu. Gara-gara rabun, ucapannya memakan dirinya sendiri. Itulah Tan Sri ..  kan orang tua-tua selalu bagi nasihat, “bila cakap siang pandang-pandang, bila cakap malam dengar-dengar”.

Kisah ini berlaku pada Tan Sri yang rabun. Rasanya kita yang tak rabun pun selalu juga buat penilaian yang salah. Selalu ikut pandangan mata kasar. Bukan mata hati.

Kan dah jadi kebiasaan kita selalu buat salah pada pandangan dan penilaian kali pertama. Selalu tersasar dari yang benarnya. Pengalaman aku sendiri bertemu dengan beberapa orang lelaki yang bila tengok muka ganas semacam je. Macam penjahatpun ada. (Camana ek muka macam penjahat?) Ditambah pula dengan gaya dia bercakap. Agak kasar. Tapi bila dah kenal secara dekat, rupanya lelaki itu seorang yang sangat baik. Lembut orangnya. Suka gurau dan buat lawak.

Masa belajar kat UKM misalnya, aku pernah duk perhati kat seorang pelajar perempuan di library. Dia Melayu tapi wajahnya wajah cina. Memang dia cantik. Ditambah lagi dengan gaya berpakaiannya. Ikut trend masakini orang kata. Aku duk perhatinya secara curi-curi .. tapi dia selalu tunjuk muka serius semacam je.  Macam susah didekati. Tapi bila dah kenal rupanya dia baik sangat. Agak mesra orangnya. Juga agak berani. Rupa-rupanya diapun dah lama duk perhatikan aku, juga secara curi-curi .. tapi dia malu..  kan kan kan ..

p/s – Sesiapa yang suka dan ingin berkawan dengan seseorang, jangan biarkan pandangan & penilaian anda salah. Beranikan diri. Dekatilah dirinya. Tegurlah dirinya. Sapaan anda pasti dibalasnya. Ini kerana dah jadi lumrah alam, semua orang menunggu disapa terlebih dahulu ..
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Sejarah Pelik Berlaku Bila Tan Sri Malik Melihat Lukisan Orang Utan Sejarah Pelik Berlaku Bila Tan Sri Malik Melihat Lukisan Orang Utan Reviewed by kak tie on 7:58:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan