Header AD

'Saya Mengaku Berbohong & Mahu Bertaubat' - Raja Bomoh

loading...
loading...
'Saya Mengaku Berbohong & Mahu Bertaubat' - Raja Bomoh:

Raja%2BBomoh%2BSedunia.jpg


Kuala Lumpur: Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai 'Raja Bomoh' membuat pengakuan bersalah dan bertaubat atas beberapa amalan ritual yang dilakukannya sebelum ini.



Beliau turut mengaku semua tindakannya itu adalah pembohongan atas arahan seorang individu yang tidak boleh didedahkan.



Ibrahim, 66, dalam pengakuannya membuat permohonan maaf kepada semua masyarakat beragama Islam dan bukan Islam di negara ini serta semua pihak di seluruh dunia berhubung tindakannya menggunakan teropong kononnya membantu menyelesaikan beberapa kejadian dan isu besar yang berlaku di Malaysia termasuk kes kematian abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong nam.



Beliau mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana kesalahan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.



Mahkamah Syariah memerintah Ibrahim untuk berkelakuan baik selama tempoh enam bulan dengan bon jaminan oleh dua penjamin.



Selain itu, Ibrahim juga akan diletakkan di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengikut Seksyen 129 Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 560).



Permohonan maaf itu disaksikan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri; Pengarah JAWI, Abdul Aziz Jusoh; dan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAWI, Wan Jaapar.



Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
'Saya Mengaku Berbohong & Mahu Bertaubat' - Raja Bomoh 'Saya Mengaku Berbohong & Mahu Bertaubat' - Raja Bomoh Reviewed by kak tie on 5:29:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan