Header AD

Raungan Ngeri Di Rumah mayat

loading...
loading...
Raungan Ngeri Di Rumah mayat

KUALA KUBU BARU: "Saya tak mahu teruskan hidup, saya tak mahu teruskan hidup."
Ia adalah tangisan menyayat hati salah seorang saudara-mara kepada enam sekeluarga yang terkorban dalam kemalangan tragis ketika dalam perjalanan ke Bidor, Perak, awal pagi Ahad.

Keenam-enam mereka maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka dihempap sebuah treler di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Tanjung Malim.

Treler itu dipandu oleh seorang lelaki yang mempunyai rekod kesalahan dadah dan lapan kesalahan jalan raya.


Difahamkan, enam yang terkorban adalah pemandu, Lam Wai Loon, 46, isterinya Wong Check Lee, 53, dan dua anak lelaki mereka Jie Yang, 19, dan Jie Hong, 13, bersama-sama dengan bapa Wai Loon, Leong Choy, 76, dan adik lelakinya, Wai Keat, 35.

Saudara-mara dan rakan-rakan mangsa dilihat masih dalam keadaan bingung ketika ditemui di bilik mayat Hospital Kuala Kubu Baru, di mana mayat mangsa dihantar ke situ.

Seorang wanita tua, dipercayai ibu Wai Loon, meraung selepas tiba di rumah mayat itu kira-kira pukul 4.30 petang Ahad, tidak putus-putus mengucapkan ungkapan yang menyedihkan dalam bahasa Kantonis.

Wartawan tidak dibenarkan masuk ke rumah mayat, manakala ahli keluarga enggan ditemu bual.

Terdahulu, kira-kira pukul 2.50 petang, seorang lelaki yang tidak dikenali dilihat memasuki rumah mayat diiringi oleh polis.

Difahamkan, lelaki berkenaan sepatutnya bertemu dengan enam mangsa di Bidor, tetapi mereka tidak muncul.

Beliau cuba menghubungi mereka tetapi tidak berjaya sehinggalah telah dimaklumkan oleh saudara-mara lain bahawa mereka terlibat dalam kemalangan.

Mayat-mayat kemudian dibawa ke Pusat Memorial Nirvana di Sungai Besi.

Menurut Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (Operasi) Mohd Sani Harul, salah satu tayar treler terbabit telah pancit, menyebabkan ia terbabas sebelum menghempap kenderaan yang dinaiki mangsa yang sedang dalam perjalanan di arah sama.
"Kami mengambil masa lebih satu jam hanya untuk mengeluarkan mayat daripada bangkai," katanya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam berkata pemandu treler yang terlibat, yang berusia 27 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing ke atas pemandu treler berkenaan didapati negatif.

Katanya, hasil pemeriksaan turut mendapati pemandu berkenaan mempunyai lapan rekod lampau melibatkan kesalahan lalu lintas.

Supramaniam berkata hasil semakan melalui rekod jenayah pula mendapati pemandu terbabit pernah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998.

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Raungan Ngeri Di Rumah mayat Raungan Ngeri Di Rumah mayat Reviewed by kak tie on 11:50:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan