Header AD

Rahsia Buku Latihan Bongkar Tragedi Dera Thaqif

loading...
loading...
Rahsia Buku Latihan Bongkar Tragedi Dera Thaqif

Johor Bahru: Murid yang terpaksa dipotong kedua-dua kaki, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, meluahkan perasaan dan doa dalam buku latihan supaya dipindahkan daripada asrama itu.


Saudara murid itu yang enggan dikenali, berkata perkara itu hanya diketahui keluarga selepas membelek buku latihan Thaqif yang dibawa pulang apabila berhenti dari sekolah tahfiz itu.
Menurutnya, dalam nota itu, Thaqif menulis seolah-olah dia dalam keadaan tertekan.
Selain itu, Thaqif juga bagaikan dibuli selain mencerikakan ditumbuk tanpa sebab, dipaksa mencuci talam dan cawan walaupun bukan gilirannya.
Lebih menyedihkan, katanya, Thaqif berdoa supaya ibu dan bapanya memindahkan dia ke sekolah lain kerana berasakan tidak selesa lagi di madrasah itu.
Sementara itu, ibunya, Felda Wani Ahmad, 40, berkata anak ketiga daripada lima beradik itu mendaftar masuk ke madrasah itu pada 27 Januari lalu.
Katanya, memang pada mulanya Thaqif nampak gembira dapat belajar di sekolah itu.
Bagaimanapun, dia mula berubah dan meminta dipindahkan kerana mendakwa sering dipukul, sejak kebelakangan ini.
"Thaqif mendakwa sering dipukul di tapak kaki dan betis ketika sujud oleh pembantu warden asrama berkenaan.
"Melihat dia dalam keadaan sedih dan seolah-olah takut kembali ke sekolah, saya kemudian mengeluarkannya dari madrasah itu, pada 31 Mac," katanya.
Bagaimanapun, katanya, malangnya kesihatan Thaqif kian buruk dan membuatkan dia menghantar anaknya itu ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan, Rabu lalu.
Katanya, kedua-dua kaki anaknya lebam dan bewarna merah sebelum doktor memberitahu terdapat darah beku dan jangkitan kuman merebak ke buah pinggangnya.
“Doktor memberitahu tidak dapat merawat kaki anak kecuali terpaksa melakukan pembedahan iaitu memotong kedua-dua kakinya supaya kuman itu tidak merebak.
"Kami membuat laporan di Balai Polis Ulu Tiram, pada 19 Mac lalu. Harap polis menjalankan siasatan terperinci," katanya yang juga guru di Kota Tinggi.

Bising di surau, punca Thaqif & 15 rakannya dipukul di bahagian kaki


BATU PAHAT, JOHOR - Harian Metro melaporkan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah tahfiz di Kota Tinggi mengesahkan kejadian warden memukul tapak kaki Mohd Thaqif Mohd Gadaffi, 11, dan rakannya menggunakan paip getah, namun secara ringan. 

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Komisioner Rahmat Othman berkata, tindakan itu dibuat kerana semua murid itu dikatakan bising di surau sekolah. 
"Polis mendapati warden memukul mangsa dan kira-kira 15 rakannya di bahagian kaki, tiga minggu lalu. Mangsa kemudian memaklumkan bahawa dia sakit dan bengkak di bahagian kaki, pada 17 April lalu. 

"Lanjutan itu, ibu mangsa meletakkan ais di kaki mangsa atas nasihat doktor. Selepas itu, kaki mangsa bertukar menjadi biru. 

"Sehingga ini, doktor masih belum memberi pengesahan berhubung punca dan sebab penyakit yang dialami mangsa," katanya. 

Rahmat Othman berkata, mangsa ada mengadu skait badan dan ibunya kemudian memberikan ubat tahan sakit miliknya yang baru lepas bersalin.

Pelajar madrasah dipercayai dipukul warden, kini koma


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gadaffie, 11, dipotong kedua kakinya semalam kerana mahu mengelakkan jangkitan kuman naik ke atas.
"Terkini, murid itu koma dan tangan kanannya telah hitam kerana proses jangkitan kuman pada tisu dan sel darah," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohamad Thaqif Amin, yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Rabu lepas, menjadi viral dalam media sosial dipercayai mengalami kesakitan di bahagian kaki sejak dua minggu lalu selepas dirotan oleh pembantu warden.
Ayub berkata, pihak HSI sedang sedaya upaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada Mohamad Thaqif Amin. - Bernama


Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Rahsia Buku Latihan Bongkar Tragedi Dera Thaqif Rahsia Buku Latihan Bongkar Tragedi Dera Thaqif Reviewed by kak tie on 6:45:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan