Header AD

Orang Kampong Takut Dengar Suara Aneh Dari Kubur

loading...
loading...
Orang Kampong Takut Dengar Suara Aneh Dari Kubur

TUMPAT - Bunyi aneh suara nyaring seperti seorang lelaki bertempik yang datangnya dari kawasan tanah perkuburan gemparkan penduduk kampung Cherang Melintang
.
Suara yang menyeramkan itu didengari seorang penduduk dua minggu lalu ketika berada di rumahnya bersebelahan tanah Perkuburan Islam Mukim Jal Besar.

Sejak itu, cerita misteri suara dari kubur mula tersebar dari mulut ke mulut sehingga ada penduduk mula rasa takut dan ada juga yang menganggap ianya cerita tahyul.


Ia juga menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial apabila status misteri suara aneh dari kubur itu dimuatnaik di media sosial semalam.

Mahadi Mat Salleh, 45, berkata tiga kali dia mendengar suara lelaki bertempik yang menyeramkan sehingga bulu romanya meremang.


"Suara itu jelas kedengaran dan amat nyaring bunyinya sehingga mengejutkan saya, tiga kali saya dengar ia bertempik.

"Ketika itu saya berada di belakang rumah kira-kira jam 10 malam kerana mahu mengambil tukul," katanya.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Orang Kampong Takut Dengar Suara Aneh Dari Kubur Orang Kampong Takut Dengar Suara Aneh Dari Kubur Reviewed by kak tie on 6:22:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan