Header AD

Norman Hakim berat hati lepaskan anak

loading...
loading...
Norman Hakim berat hati lepaskan anak

Norman Hakim dan anak sulungnya, Danish Hakim.

KUALA LUMPUR 13 Mac - Aktor Norman Hakim menerusi laman Instagram miliknya @normanhakim_786 berkongsi perasaan apabila mendapat perkhabaran bahawa anak sulungnya, Danish Hakim mendapat peluang menyambung pengajian di Turki.




Berdasarkan status bergambar yang dimuat naik, Norman menyertakan sekeping foto dengan anaknya itu serta kapsyen luahan hati yang dibelenggu pelbagai rasa apabila mendapat tahu Danish ditawarkan menghabiskan kelas hafazan untuk tujuh juzuk.

“Perasaan saya bercampur-baur sebenarnya. Syukur, gembira, sedih dan hiba semua cukup. Ini adalah anak pertama saya, darah daging saya, merangkap kawan baik dunia akhirat.


“Saya ada tanya Danish suka atau tidak apabila dipilih? Dia menjawab bahawa itulah doanya siang malam untuk menyambung pengajian di sana,” ujar Norman.

Tambah Norman, bukannya dia tidak pernah berpisah dengan anak hasil perkongsian hidup dengan Abby Abadi itu kerana perasaan yang sama pernah menyelubunginya ketika menghantar Danish masuk ke asrama.

“Cuma sekarang ini dia nak pergi jauh, di perantauan orang pula itu. Jadi saya cuba cari kekuatan dengan izin-Nya,” beritahu Norman.

Pelakon siri Dia Bidadariku itu berharap, jika ada kenalan yang punyai pengalaman serupa boleh berkongsi memberikan motivasi kepadanya


Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Norman Hakim berat hati lepaskan anak Norman Hakim berat hati lepaskan anak Reviewed by kak tie on 7:54:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan