Header AD

Mengejutkan.....Punca Orang Korea Selatan dan Jepun Tidak Hidup Bahagia

loading...
loading...
Punca Orang Korea Selatan dan Jepun Tidak Hidup Bahagia
Oleh: Anastasia, Alumni Pendidikan Bahasa Jerman UPI Bandung

Kemajuan teknologi Korea Selatan mencetus persaingan terhadap kemajuan negara seperti AS semenjak Samsung menghasilkan tablet yang dikatakan meniru produk Apple sehinggakan kedua negara tersebut menetuskan "perang dingin". Namun sedarkan anda? 

Di sebalik kecanggihan produk Samsung terdapat masyarakat yang hidup dalam kemurungan.

Seperti yang diketahui keadaan hidup masyarakat di Korea Selatan begitu high classse hingga pandangan hidup mereka hanya menilai kebahagian berdasarkan kebendaan yang dapat memenuhi segala kesejahteraan. 

Bahkan bagi mereka yang berkemampuan sanggup melabur wang mereka untuk pembedahan plastik. Bagi orang Korea Selatan kecantikan itu diciptakan bukan diwariskan.

Orang Korea Selatan kuat bekerja demi mencapai kerjaya dan reputasi yang tinggi. Mereka juga rela tidak mengambil cuti. 

Pekerja yang berjaya membuktikan bahawa mereka adalah orang yang mahu berkorban untuk syarikat dan meminggirkan kepentingan peribadi serta keluarga.

Untuk mencapai kerjaya yang hebat para ibu bapa menyediakan anak-anaknya dari usia muda untuk menghantar anak mereka ke universiti yang mampu menaikan sosio mereka dan akibatnya mereka terpaksa menghabiskan wang dan masa untuk yuran, sekolah dan pegi ke perpustakan.

 Hebatnya tahap persaingan hidup menjadikan keadaan mereka hidup dalam kemurungan. Tekanan hidup di Korea Selatan menyebabkan ramai antara mereka memilih mengakhiri hidupnya dengan bunuh diri.

Penduduk Jepun dibanjiri warga tua


Di Jepun pula, jumlah warga tua mencapai 25% penduduk Jepun yang berusia 65 tahun ke atas dan tidak seimbang dengan angka kelahiran bayi yang begitu menurun. Produk lampin untuk warga tua lebih laris berbanding lampin bayi. 


Begitu juga dengan mainan untuk warga tua dihasilkan secara besar-besaran walaupun di Jepun diciptakan kerusi boneka untuk warga tua agar tetap merasa hangat dalam pelukan boneka.

Tidak dinafikan orang Jepun sukar berkahwin kerana besar beban hidup yang harus ditanggung sehinggakan tingkah laku muda-mudinya melepaskan naluri seks mereka secara luar nikah. 

Kehadiran warga tua tentunya mencetus pelbagai masalah seperti tersesat ketika keluar rumah. Akibat kesepian warga tua sering mencuri untuk mencari perhatian anak-anak mereka. Sudah semestinya anak-anak mereka begitu sibuk dengan urusan peribadi masing-masing. Masyarakat Jepun begitu individualistik.

Islam bicara bahagia

Fakta tersebut sangat mengejutkan disebalik pencapaian teknologi yang mereka banggakan. Namun ironi sebenarnya mereka tidak menikmati erti kehidupan. Adanya kepincangan dalam hidup mereka merupakan buah dari aqidah atau kepercayaan mereka yang tidak menekankan konsep kebahagian dalam kehidupan. 

Dari sudut pandangan islam kebahagian mempunyai konsep yang jauh lebih hakiki di mana Rasulullah saw menanamkan pandangan hidup yang sahih, yakni pandangan hidup berdasarkan pada akidah.

Islam menyakini bahawa ketaatan kepada Allah akan melahirkan kebahagian abadi, menanamkan kebahagian dicapai harus melalui keredhaan Allah, bukan dicapainya hal-hal yang bersifat duniawi dan kebendaan kerana semua itu bersifat sementara seperti dalam firam Allah swt yang bermaksud: "Carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepada kalian (kebahagiaan) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagian kamu dari (kenikmatan) duniawi, "Surah al-Qashash [28]: 77). Wallahu'Alam.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Mengejutkan.....Punca Orang Korea Selatan dan Jepun Tidak Hidup Bahagia Mengejutkan.....Punca Orang Korea Selatan dan Jepun Tidak Hidup Bahagia Reviewed by kak tie on 11:07:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan