Header AD

Kerana Nafsu Songsang......Wan Azizah Di Pukul Anwar

loading...
loading...
Kerana Nafsu Songsang......Wan Azizah Pukul Anwar

TANGAN yang mengoncang buaian mampu mengoncang dunia merupakan pepatah Melayu yang tidak mampu disangkal oleh sesiapa pun.

Perwatakan yang lemah lembut dan sopan santun bukan satu ukuran kelemahan jati diri seseorang wanita itu.
Apatah lagi jika maruah keluarga telah dijadikan pertaruhan untuk sekelumit nafsu buas insan yang menjadi tonggak dalam keluarga.
Wan Azizah Wan Ismail isteri kepada Datuk Anwar Ibrahim yang kini sedang merengkok dalam penjara dikhabarkan pernah memukul suaminya berikutan nafsu songsang atau nafsu sejenis yang tidak dapat dibendung ayah kepada Nurul Izzah tersebut.
Malah Anwar dipenjarakan atas kesalahan jenayah liwat yang beliau lakukan dapat dibuktikan tanpa sebarang keraguan walaupun sebelum ini beliau dapat melepaskan diri dari beberapa kesalahan liwat atas sebab-sebab teknikal.
Menurut beberapa portal, sebelum Anwar disabitkan dengan kesalahan jenayah liwat, Wan Azizah tahu kes moral yang melanda suaminya.
Wan Azizah dikatakan telah  ‘meletup’ tiga kali. Mana ada seorang wanita yang sanggup mengaku suaminya seorang peliwat. Tak ada. Mana ada seorang ibu yang sanggup membiarkan enam orang anaknya, dituduh anak-anak seorang peliwat.
Oleh sebab itu, Wan Azizah perlu mempertahankan suami dia. Menurut beberapa individu yang pernah rapat dengan Anwar, Wan Azizah pernah kena pukul dengan Anwar. Beliau dikatakan mengadu dengan Tun Siti Hasmah berkenaan perangai Anwar tersebut.
Malah Wan Azizah dikatakan pernah pergi berubat di Indonesia serta mencari ubat supaya Anwar tinggalkan amalan nafsu songsang  itu. Kali kedua Wan Azizah dipukul, beliau mengadu pula dengan Ezam.
Selama mana seorang wanita sanggup dipukul. Mungkin desas desus yang beliau memukul Anwar ada benarnya apabila beliau sudah tidak tahan maka beliau membalas apabila suami beliau enggan berubah.
Ketika Wan Azizah mengadu pada Ezam, mereka di Singapura. Menurut sumber, Suatu hari, Anwar dan Wan Azizah pergi ke luar negara. Anwar dapat flight balik, Wan Azizah tak dapat flight balik. Wan Azizah telefon Ezam, minta supaya Ezam pergi tengok dekat rumah, pastikan ‘budak bancuh kopi’ tu tak tidur kat rumah. Sebab beliau takut Anwar ‘kerjakan’ budak tu.
Kali ketiga Wan Azizah ‘meletup’ pula ketika hari Saiful membuat laporan polis. Masa tu Ahli Pimpinan Majlis Tertinggi PKR buat mesyuarat dekat Hotel Quality.
Ketika itu, tiba-tiba Anwar stop mesyuarat yang dia pengerusikan. Bila dalam perjalanan naik ke lif tu, Zulkifli Noordin pun ada, Saifuddin Nasution, Tian Chua serta Wee Choo Keong. Ketika itulah Wan Azizah ‘meletup’ buat kali ketiga.
Bila Wan Azizah tanya kenapa meeting kita berhenti tiba-tiba. Dan Anwar kata, Saiful buat laporan polis dirinya diliwat oleh Anwar, masa tu Wan Azizah meraung. Masa tu dia kata, apalah ni bang, tak cukup ke dah kena 6 tahun, buat lagi.
Cuba bayangkanlah, masa Anwar duduk dalam penjara 6 tahun, siapa yang jaga anak-anak dia. Wan Azizah. Betul tak? Dia kena jaga anak-anak, dalam masa yang sama kena jadi Ahli Parlimen pula secara tiba-tiba. Kena jadi Presiden parti. Macam mana tak sengsara, sengsara. Dia bukan ahli politik, dia doktor mata. Tiba-tiba kena terjun dalam politik. Jadi, tiba-tiba keluar penjara, Anwar buat perkara ni lagi, mestilah dia tension. Itu yang menyebabkan dia luahkan.
Namun demi untuk kepentingan dan mempertahankan maruah keluarga beliau sanggup menempuh segala dugaan tersebut. Persoalannya betulkah tindakan beliau tersebut dari segi Islam dan moral?
Masihkah anda ingat isu jam OMEGA . Wan Azizah wajib memperjelaskan dimana jam Omega yang didedahkan oleh Datuk Eskay Shazryl. Semasa menjawab pertanyaan pemberita, Anwar Ibrahim menyatakan jam Omega itu ada dalam simpanan Wan Azizah, dan ini diperakui oleh Wan Azizah sendiri didalam satu sidang media. 

Namun Datuk Eskay telah mengeluarkan satu videoklip menunjukkan jam Omega itu ada dalam simpanannya, dan beliau telah menyerahkan kepada pihak Polis yang menjalankan siasatan.
Isu jam Omega ini bukan satu isu kecil, tetapi melibatkan isu kredibiliti dan kewibawaan; samada Wan Azizah dan Anwar berbohong atau Datuk Eskay yang berbohong. Maka wajib bagi Wan Azizah memberikan penjelasan tentang perkara ini.
Isu mempertahankan maruah suami dan isu bersekongkol dengan dosa besar yang dilakukan oleh suami merupakan dua perkara berbeza. Jangan sampai saham dosa suami turut sama dikongsi oleh seorang isteri pula.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Kerana Nafsu Songsang......Wan Azizah Di Pukul Anwar Kerana Nafsu Songsang......Wan Azizah Di Pukul Anwar Reviewed by kak tie on 6:03:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan