Header AD

Kenapa Watson Nyambek Tolak Permohonan Maaf?

loading...
loading...
Kenapa Watson Nyambek Tolak Permohonan Maaf?:

Salam.



watson-nyambek-malaysia.jpg

Viral apabila program Sukan Tak Sentral mempersendakan nama mendiang bapa Watson Nyambek. Bekas jaguh pecut negara, Watson Nyambek, adalah merupakan pemegang rekod pecut 100 meter negara dengan 10.3 saat selama 17 tahun.

Berketinggian 1.70 meter, Watson yang turut mendapat gelaran "Dayak Terbang” pernah bertanding dalam Kejohanan Asia di Fukuoka, Jepun pada 1998 selain menjadi pelari pecut tunggal bertanding dalam acara 50 meter dan 60 meter.

Namun, Watson diisytiharkan muflis kerana telah membuat pinjaman bank sebanyak RM80,000 untuk membayar kos perubatan bapanya yang menderita barah telinga. Untuk pengetahuan, bapa Watson telah meninggal dunia pada tahun 2014.

Menurut Watson, beliau tidak dapat melunaskan pinjaman tersebut kerana bergaji kecil. Akhirnya, kerajaan negeri Sarawak telah menyelesaikan tunggakan pinjaman bank itu dan Watson juga diberikan rumah teres satu tingkat dengan tiga bilik bernilai RM350,000 di Miri. Syukur.

Jadi tidak hairan kenapa isu nama bapa Watson ni sangat sensitif. Watson sanggup berkorban membuat pinjaman untuk membiayai kos perubatan mendiang bapanya pada waktu itu biarpun mengakibatkan beliau diisytiharkan muflis.

Apabila ada pihak yang mempersendakan nama mendiang bapanya lalu disamakan dengan binatang, siapa yang tidak marah? Mungkin permohonan maaf telah dibuat, tindakan telah diambil, tapi kesannya?

Semudah ABC ke nak sembuh?

Orang pernah cakap luka di tangan nampak darahnya, luka di hati siapa tahu. Tapi jangan lupa yang luka di tangan pun ambil masa untuk sembuh. Jadi mustahil la luka di hati boleh sembuh dengan serta-merta pula.

yambek menolak permohonan maaf daripada pihak yang mempersendakan naPada mulanya aku pun tak berapa setuju bila Watson Nma mendiang bapanya.

 Tapi lepas aku cuba letakkan diri aku dalam situasi Watson, aku rasa aku pun akan buat benda yang sama. Semua perlukan masa. Dan sekarang beliau masih marah dan terluka dengan kejadian yang berlaku.

Sumber: Malay Mail Online, Mstar & Sarawak Voice
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Kenapa Watson Nyambek Tolak Permohonan Maaf? Kenapa Watson Nyambek Tolak Permohonan Maaf? Reviewed by kak tie on 10:55:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan