Header AD

Isu Cium Mulot...Ini Kata-kata Shaarnaz Kepada Isterinya Lepas Nikah

loading...
loading...

Isu Cium Mulot...Ini Kata-kata  Shaarnaz Kepada Isterinya Lepas Nikah

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Sharnaaz Ahmad yang sudah sah bergelar suami kepada Noor Nabila hanya dengan sekali lafaz bertempat di Royal Ballroom, Hotel Royal Chulan Damansara. Pasangan ini dinikahkan oleh Ustaz Hj. Syamsul Firdaus Bin Hj. Mohd Supri Al-Hafiz iaitu Imam Masjid Damansara Perdana.  


Kedua-dua mempelai tampak segak dan cukup anggun. Sharnaaz mengenakan baju melayu berwarna putih hasil rekaan, Putra Cosry manakala busana Nabila direka oleh Datuk Radzwan Radzwil. 

Pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran daripada pihak Nabila. Sharnaaz juga menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1000 kepada Nabila. Walaubagaimanapun, mereka berdua sepakat untuk tidak mendedahkan jumlah wang hantaran perkahwinan kepada umum. 


TAK PAYAH CIUM MULUT LEPAS NIKAH!!...



Semasa mereka bersanding, Shaarnaz tidak mengikut cara Nedim yang mencium mulut isterinya Nora Danish tetapi cukup setakat mencium dahi isterinya dan isterinya pula membalas dengan mencium tangan Shaarnaz.

Ia nampak lebih sopan dan manis.

Malah kata-kata Shaarnaz kepada isterinya sebagaimana yang telah dimuatnaik status dalam akaun instagramnya cukup menyentuh perasaan.


 Alhamdulillah, jadi lah seorang isteri yg taat, jadi lah ibu yg terbaik buat bakal 28 anak kita (🤣) dan insyaAllah sama sama kita bimbing keluarga ni kedalam keradhaan Allah swt.. sama sama lah kita mendalami ajaran nabi kesayang kita Nabi Muhammad saw.. insyaAllah i akn jadi suami yg terbaik dan akan jaga u lebih dari nyawa i insyaAllah.. i sayang u isteriku dunia akhirat insyaAllah..




A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Isu Cium Mulot...Ini Kata-kata Shaarnaz Kepada Isterinya Lepas Nikah Isu Cium Mulot...Ini Kata-kata  Shaarnaz Kepada Isterinya Lepas Nikah Reviewed by kak tie on 7:34:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan