Header AD

Inilah Punca Sebenar Mengapa Amber Court ,Genting Highland Berhantu

loading...
loading...
Inilah Punca Sebenar Mengapa Amber Court ,Genting Haighland Berhantu

BENTONG – Kondominium Amber Court yang terletak di puncak Genting Highlands dikatakan ‘berhantu’ rupa-rupanya menjadi asrama pekerja asing sejak beberapa tahun lalu.


Lebih mengejutkan apabila beberapa lot tempat letak kenderaan kawasan itu dijadikan 
tempat penginapan warga asing dengan bayaran serendah RM300 sebulan.


‘Hantu’ sebenar yang mendiami kawasan itu merupakan sekumpulan warga asing yang menjadikan kawasan apartmen berhampiran pusat peranginan itu sebagai rumah mereka pada waktu malam.


Insiden itu didakwa sudah berlarutan sejak empat tahun lalu dan menimbulkan kemarahan pemilik unit yang mengadu kekurangan tempat letak kenderaan.

Berang dengan kegagalan pihak pengurusan bangunan itu, kira-kira 100 pemilik kondominium itu hari ini mengemukakan sebanyak 12 tuntutan dalam mesyuarat agung tahunan.

Seawal jam 10 pagi pemilik unit telah membanjiri lobi utama Amber Court untuk menghadiri mesyuarat dan bertemu dengan wakil pemaju.

Pemilik unit kondominium beratur mendaftarkan kehadiran sebelum dibenarkan masuk ke mesyuarat agung tahunan di Amber Court, Genting Highlands, Bentong Pahang, hari ini.
Pemilik unit kondominium beratur mendaftarkan kehadiran sebelum dibenarkan masuk ke mesyuarat agung tahunan di Amber Court, Genting Highlands, Bentong Pahang, hari ini.


Suasana menjadi tegang apabila peguam pengurusan bangunan tidak kelihatan dan enggan bertemu dengan pemilik.


Pergaduhan hampir tercetus apabila individu mendakwa dirinya peguam sambil memegang buku undang-undang Akta Strata Bangunan memberi amaran kepada pemilik unit agar tidak mengganggu perjalanan mesyuarat.


Suasana tegang hampir 10 minit itu bagaimanapun ditenangkan oleh Ketua Pengurusan Bangunan Amber Court, Eric Law Nam Poh.


Pada masa ini, mesyuarat agung masih berjalan dan dikawal oleh pihak polis dan pihak keselamatan pengurusan bangunan berkenaan.


Selain masalah pekerja asing, pemilik turut mengemukakan sebanyak 11 tuntutan lain.
Antaranya pengundian yang adil dalam mesyuarat agung, penjelasan penuh laporan audit akaun Amber Court, pengurusan dana terkumpul, masalah sistem pemadam api, keuzuran laluan kecemasan, lif tidak dibaik pulih dan caj lif barang tinggi.


Selain itu penduduk juga menuntut penjelasan mengenai bil air melambung tinggi, kemudahan kondominium dijadikan lot kedai, penyata akaun pemilik unit tidak tepat dan masalah bekalan air paip tercemar
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Inilah Punca Sebenar Mengapa Amber Court ,Genting Highland Berhantu Inilah Punca Sebenar Mengapa  Amber Court ,Genting Highland  Berhantu Reviewed by kak tie on 9:01:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan