Header AD

Graduan Raih RM16,000 Jual Waffle Di Universiti

loading...
loading...
Graduan Raih RM16,000 Jual Waffle Di Universiti

Bermula daripada modal sebanyak RM700, seorang graduan Universiti Putra Malaysia telah mengambil langkah berani memulakan perniagaan menjual waffle sehingga kini mampu meraih pendapatan sebanyak RM16,000 dalam masa sebulan.


Walau bagaimanapun kejayaan yang dikecapi oleh Ahmad Muslim Bin Awang, 24, bukanlah datang dalam cara yang senang dan mudah kerana ia melalui kepayahan dan memerlukan pengorbanan yang tinggi.


Pemilik Bugs Eat, Ahmad Muslim bin Awang. Gambar: Minda Niaga

Ketika ditemui Minda Niaga, Ahmad Muslim atau mesra dipanggil Pak Mus ini menceritakan kepayahan ketika hendak memulakan perniagaannya sekarang sehingga terpaksa menyewa mesin dan peralatan bagi membuat waffle.


Selain itu beliau juga pernah mengumpul barang-barang lama dan diperbaiki untuk dijadikan peralatan dan perabot untuk kedainya yang terletak Latar Siswa, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.

Setelah sebulan memulakan perniagaan barulah beliau mampu untuk membeli peralatan membuat waffle dan peti aisnya sendiri serta beberapa peralatan yang lain.

Pak Mus mendapat idea untuk membuat kedai makan berkonsepkan vintaj dan bernama Bugs Eat kerana diilhamkan daripada kereta Volkswagen Beetle kesayangannya.

Mendapat sokongan daripada Central of Entrepreneurial Development & Graduate Marketability (CEM), Bugs Eat yang menyediakan pelbagai jenis waffle dan makanan barat seperti spaghetti carbonara, sosej cheese serta laksa dan minuman mampu meraih pendapatan dalam lingkungan RM12,000 sehingga RM16,000.

Selain itu, melalui Bugs Eat ini juga Pak Mus dapat membantu para pelajar yang ingin mencari wang tambahan dengan menyediakan peluang kerja sambilan.

Dalam masa yang sama, beliau turut meletakkan sasaran untuk memiliki sebuah restoran yang berkonsepkan vintaj dan mengucapkan rasa penghargaan kepada keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu ketika hendak memulakan perniagaan ini.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Graduan Raih RM16,000 Jual Waffle Di Universiti Graduan Raih RM16,000 Jual Waffle Di Universiti Reviewed by kak tie on 7:35:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan