Header AD

Dikecam Bawa Thaqif Berubat Kampung, Ibu Saudara Tampil DEDAH Perkara Sebenar !!!

loading...
loading...
Dikecam Bawa Thaqif Berubat Kampung, Ibu Saudara Tampil DEDAH Perkara Sebenar !!!:





Dikecam Bawa Thaqif Berubat Kampung, Ibu Saudara Tampil DEDAH Perkara Sebenar !!! | JOHOR BAHRU – Susulan kes seorang pelajar madrasah, Mohd Thafid Mohd Gaddafi, 11, di Kota Tinggi yang terpaksa dipotong kedua-dua kakinya yang dipercayai disebat menggunakan getah paip di tapak kaki, pembantu warden berkenaan telah ditahan untuk membantu siasatan sehingga 26 April ini.


Pihak madrasah dalam kenyataannya kepada Sinar Harian menyatakan bahawa mereka akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan terperinci. Malah menegaskan tidak akan menyorokkan apa-apa maklumat.

Namun pengetuanya meminta orang ramai tidak menunding jari pada pihak madrasah kerana apa yang berlaku bukan diarahkan oleh pihak madrasah, sebaliknya individu terbabit yang mengambil tindakannya sendiri tanpa merujuk kepada pihak madrasah.

Dalam laporan media tempatan semalam melaporkan bahawa mangsa telah dibawa berubat secara tradisional dan diberi makan ubat tahan sakit milik ibunya yang baru lepas bersalin.

Ekoran laporan itu, ramai netizen yang tampil memberikan komen-komen negatif terhadap ibu dan keluarga mangsa di media sosial.

Berikut penjelasan dari ibu saudara mangsa, Bella yang disiarkan di Facebooknya, 20 jam yang lalu.
“Semua orang berhak memberi pendapat masing-masing dan saya juga berhak untuk post perkara ini sebab ia terjadi pada keluarga saya sendiri.

“Ada yang cakap mungkin anak buah saya bermasalah. Kamu semua tahu ke perkara yang sebenar? Tidak juga, kan? Kalau bermasalah sekalipun, perlu ke rotan dengan cara seperti itu? Ada caranya nak mengajar dan denda. DAn kalau dia yang bermasalah, takkanlah semua budak kena rotan? Fikir-fikirkanlah.

“Saya nak tegaskan, kami sekeluarga tidak menyalahkan madrasah tahfiz dan hanya kerana disebabkan seorang pembantu warden terbabit, semua madrasah dikecam,” tulisnya.
Bella juga turut menafikan dakwaan media kononnya keluarga mereka telah membawa Thaqif mendapatkan rawatan perubatan tradisional.

“Bila pula kami bawa berubat kampung?

Cerita dari mana TV3 ini dapat?

Tengok CCTV madrasah saja ke? Selidiklah sekali para pelajarnya.  Harian Metro lapor Thaqif diberi ubat tahan sakit milik ibunya yang baru lepas bersalin? Ini nak bagi cerita nampak gempak ke apa? Segala ubat Thaqif yang klinik bagi, semua ada dan doktor di Hospital Sultan Ismail pun sedia maklum.



“Ubat yang diberikan pada Thaqif memang ubat dia yang diberikan oleh doktor semasa kakak saya bawa ke klinik. Ubat itu memang sama, nombor siri sama dengan ubat tahan sakit/peningkepala/demam kakak saya yang baru saja lepas bersalin.

“Doktor sedia maklum dan pihak polis sudah siasat dan tengok ubat itu sendiri. Jadi, janganlah disebabkan ubat ini jadi isu untuk menyalahkan ibu Thaqif.

“Orang boleh cakap macam-macam, cakaplah sehingga puas. Ingat, perkara ini tak kena pada batang hidung sendiri, keluarga sendiri. Kami sekeluarga redha dengan ketentuan olehNya. Allah maha mengetahui,” tulisnya.



Dalam status Facebook Bella yagn terkini mendakwa, mereka dimaklumkan bahawa pembantu warden berkenaan merupakan bekas banduan.



“Selepas satu, satu kami terima berita. Semoga Allah terus bantu dan permudahkan urusan kami untuk kes Thaqif. Malam semalam polis sahkan, pembantu warden terbabit adalah bekas banduan. Allahuakbar,” tulisnya.

Kenyataan pengetua MTAJ

[​IMG]
[​IMG]

Assalamualaikum. 

Saya tahu ramai sangat yg sedang argue. Tentunya.. Ramai yang minta penjelasan. Penjelasan yang macammana saya boleh buat? Kerana saya tak mahu dilihat sedang membela diri. 

Demi Allah.. Sayalah org yg paling sayu hati dan terkilan semalam. Saya dapat tahu dari Pegawai Jabatan Agama Johor. 

Thaqif masuk ke MTAJ batch kedua pd bulan feb2017. Dia lalui 40 hari pertama dgn kesukaran untuk serasikan diri. Tapi kami usahakan juga. Setiap hari didampingi... Sesekali kena marah, rasanya biasa. Rotan jauh sekali. 

31 March 2017, jumaat, bonda thaqif datang nak berhentikan dia. Kerana thaqif kata disebat guna getah paip di tapak kaki. 

Saya tak dapat beri sebarang penjelasan ketika itu kerana kena buat siasatan terlebih dahulu. Jadi petang jumaat tu thaqif dibawa balik. Masih boleh jalan sendiri. Sy memang ralat sgt tak peluk thaqif petang tu. Padahal beberapa kali saya pujuk dia dalam pelukan sebelum ni. 

Siasatan kita dapati. Memang benar. Syafiq, pembantu warden ada sebat pelajar guna getah paip di tapak kaki. Saya sangat marah kerana mengapa getah paip... Saya buat teguran dan beri amaran. 

Sebilangan pelajar dipanggil, diperiksa kaki. Alhamdulillah.. Tiada kecederaan. Dan pelajar terlibat terima keadaan tu bila syafiq minta maaf pd semua lepas syafiq ditegur. Guru2 kanan semua buat teguran. Tanda kami tak terima kaedah getah paip tu. Cuma masa itu kita terima permohonan maaf kerana puas hati bila tiada kecederaan pd fizikal pelajar. 

Kejadian berlaku empat hari sebelum thaqif berhenti iaitu 28march. Hari2 selepas itu pun, kita dapati pelajar tiada yg mengalami kecederaan. 

Saya panggil ke mesyuarat. Sy ulang dalam mesyuarat. Dasar MTAJ sangat berhati2 dgn menghukum pelajar. Petang thaqif berenti kami pemegang amanah terus mesyuarat utk tambah warden baru yg lebih dewasa dgn harapan pertimbangan akan lebih banyak. 

Selepas itu masa berlalu... 20 hari thaqif dirumah. 

Saya dapat makluman thaqif warded 19april 2017. Dan jadi lebih kritikal... 

Kerana itu sy tak dapat jawab. Semua menuggu laporan perubatan. Polis pun menunggu laoran perubatan. 

Syafiq digantung tugas serta merta. 

Kami komited utk beri kerjasama. Saya dapat tahu jam 6.00ptg. Lepas maghrib sy gerak ke HSI. Satu malam sy tak lelap.. Memikirkan thaqif. Harini saya tak putus berhubung dgn ayah bonda thaqif. 

Sy di madrasah solah hajat dgn pelajar. Kami doa panjang mtk Allah beri keajaiban. Mintak Allah beri yang terbaik. 
Saya mohon maaf kerana tak dapat beri jawapan buat masa ini. Siasatan sedang dijalankan.... 

Syafiq salah kerana memilih getah paip.. Memang salah. Tak pasti apa yg dia fikir. Tapi sy terima kemudian bila kadar nya tidak sepatutnya mencederakan pelajar. Allahu mustaan. 

Saya harap, tuan puan beri ruang pd Madrasah. Sikap individu tidak patut membusukkan madrasah secara keseluruhan. Apa lagi madrasah2 yg lain yg tak terlibat pun. Bila orang ramai turut memandang serong pd institusi madrasah. 

Mohammad Afdhaluddin Bin Ismail 
Pengetua MTAJ

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Dikecam Bawa Thaqif Berubat Kampung, Ibu Saudara Tampil DEDAH Perkara Sebenar !!! Dikecam Bawa Thaqif Berubat Kampung, Ibu Saudara Tampil DEDAH Perkara Sebenar !!! Reviewed by kak tie on 5:31:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan