Header AD

Cara Bidan-Bidan Lama Mandi Dalam Pantang Bersalin. Tak Ikut Tak Dosa, Kalau Buat Jadi Lawa!

loading...
loading...
Cara Bidan-Bidan Lama Mandi Dalam Pantang Bersalin. Tak Ikut Tak Dosa, Kalau Buat Jadi Lawa!

Agak-agak waktu bersalin sebelum ini, macam mana cara anda mandi? Main belasah atau masih ikut cara orang dulu-dulu?

 Haaa... ingat ya, wanita berpantang kena jaga bab ini kalau betul sayang tubuh. Nak tahu kenapa dan macam mana cara yang betul mandi untuk ibu berpantang, ikuti perkongsian Pewaris Perbidanan Melayu Asli ini, Puan Siti Aishah...

Ramai ibu-ibu muda tanya pasal aturan mandi ketika dalam pantang. Katanya mak-mak tak bagi basah rambut 44 hari.

Kalau ikut cara kaum cina, 30 hari mereka memang tak jumpa air. Bkn setakat basah rambut. Mandi pun langsung tak boleh.

So, saya nak share cara bidan-bidan Melayu Lama. Aturan dan tertibnya.

1. Mandi waktu dhuha

Maksudnya biar matahari dah tinggi sedikit. Cuaca dah suam-suam. Kalau cara kak Ice, masa tu memang musim hujan dan sejuk memanjang, memang ku tak mandi la sepanjang hari tu. Key word dia, jangan lepas dah sedap mandi air suam disebabkan suhu sekitar yang sejuk, tiba-tiba kita jadi menggigil lepas mandi. Bahaya tu. Takut tiba-tiba bentan menggigil.

2. Mandi air suam-sauam panas untuk badan

Boleh mandi air rebusan daun herba. Kalau susah nak cari daun-daun, mandi je air kosong yang suam. Janji suam-suam panas. Jangan suam-suam sejuk. Banyak beza tu

3. Untuk kepala, WAJIB mandi air paip biasa

Jangan basuh rambut dan muka dengan air panas. Pantang 7 keturunan tu. Kalau dilanggar, ibu mudah kena pening kepala. Rambut mudah gugur. Kulit muka cepat berkedut. Amalan ni bukan untuk ibu dalam pantang je, untuk semua sebenarnya. Laki, perempuan, tua, muda semua boleh ikut petua ni. Saya dah biasakan anak-anak sejak lepas lahir lagi. Muka rambut memang air paip biasa. Badan je air suam

4. Mandi jangan lama-lama

Paling lama 10 minit je.

5. Mandi orang pantang 1 baldi besar je

Bukan 1 kolah. 1 gayung ratakan seluruh tubuh. Sabun puas-puas. Lepas itu gunakan air lebihan dalam baldi buat bilas sabun. Dah cukup

6. Mandi sehari sekali

Wanita yang mandi banyak-banyak dan lama-lama dalam pantang kita akan nampak kulitnya tak anjal. Even kurus tapi kulit tak firm. Muka sembap. Badan boyak.

7. Minggu pertama sebaiknya lap-lap je dulu

Dry cleaning. Ini kalau tak ikut pun tak apa. Anak no 3 kak ice memang tak mandi masa 1st week. Rasa badan lagi selesa. Maksudnya fit. Tak mudah kena ketegur angin sejuk. Muka pun nampak firm cepat dari pantang anak 1st and 2nd.

So, iniah tips dan aturan mandi ibu dalam pantang. Cara bidan-bidan lama. Tak ikut tak dosa. Kalau ikut jadi lawa. Tepuk dada tanya jiwa.

So bolehlah ibu-ibu dalam pantang berlawa sikit. Jangan lupa pakai pilis di dahi. Nampak manis keibuan, kalau tak melayu yang sambungkan seni warisan perbidanan Melayu, siapa lagi, kan?
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Cara Bidan-Bidan Lama Mandi Dalam Pantang Bersalin. Tak Ikut Tak Dosa, Kalau Buat Jadi Lawa! Cara Bidan-Bidan Lama Mandi Dalam Pantang Bersalin. Tak Ikut Tak Dosa, Kalau Buat Jadi Lawa! Reviewed by kak tie on 6:59:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan