Saturday, 29 April 2017

Benarkah Kaki Arwah Thaqif Di Potong Di Sebabkan Kusta?

loading...
Loading...
Pemergian adik Thaqif menjadi tanda tanya kepada orang ramai berkenaan punca kematiannya. 


Ada yang menyalahkan sepenuhnya pada warden asrama yang memukul kaki adik thaqif. Sehingga menyebabkan kaki tersebut ‘gangrene’ dan terpaksa dipotong oleh doktor. Ada juga yang mengatakan ia berpunca daripada ibubapa Thaqif yang membawanya pergi berjumpa dengan pengamal perubatan alternatif selama dua minggu. 

Thaqif tidak dapat rawatan yang sepatutnya dan menyebabkan sakitnya menjadi teruk.
Terbaru ada yang memviralkan bahawa keadaan kaki adik thaqif yang ‘gangrene’ itu adalah disebabkan penyakit KUSTA
Gangren / Apabila Sel sel mati Biar kita tersilap ampun dari kita tersalah hukum. Saya kongsikan cerita ini hampir 14…
Post berkenaan menceritakan bahawa kusta menyebabkan gangrene

APAKAH ITU PENYAKIT KUSTA?

Penyakit kusta ataupun istilah perubatannya dipanggil ‘leprosi’ merupakan penyakit disebabkan jangkitan kuman Mycobacterium Leprae. Kuman ini merupakan salah satu kumpulan bakteria yang sama seperti penyakit Tuberculosis ataupun TB. Tetapi dalam penyakit TB spesies mikrorganisma tersebut adalah Mycobacterium Tuberculosis.
Dalam penyakit ini, kuman tersebut akan menyerang bahagian kulit dan juga saraf periferi. Saraf periferi merupakan bahagian saraf diluar otak dan diluar saraf tunjang. Saraf inilah yang akan bersambung dengan reseptor deria rasa di bahagian kulit, organ, otot dan juga beberapa bahagian lain.
Mereka yang dijangkiti penyakit ini akan mengalami:
1) Ruam berwarna keputihan dan kemerahan. Deria rasa pada kawasan ruam ini selalunya tidak berfungsi dengan baik. Ia disebabkan bakteria yang mengganggu fungsi saraf pada kawasan tersebut
2) Otot menjadi lemah dan semakin kecut. Juga disebabkan saraf yang terganggu
3) Hilang deria rasa pada bahagian kulit
4) Ulser yang kronik terutamanya pada bahagian kaki. Ia disebabkan deria rasa yang kurang pada bahagian kaki menyebabkan selalunya berlaku kecederaan yang membawa kepada ulser
5) Muka kelihatan seperti singa(leonine facies)
Muka pesakit kusta yang seolah-olah seperti singa
6) Kaki dan tangan yang mengalami kerosakan pada strukturnya. Kebanyakkan pesakit mempunyai masalah saraf pada tangan dan kaki mereka. Deria rasa tidak berfungsi dengan baik. Ini menyebabkan kecederaan yang berulang pada kaki dan tangan pesakit berserta jangkitan kuman sekunder.

 Perkara ini akan menyebabkan tisu kaki dan tangan menjadi tidak normal dan semakin pendek. Ia bukan disebabkan gangrene tetapi disebabkan kecederaan yang berulang
Tangan pesakit kusta

ADAKAH KUSTA MENYEBABKAN GANGRENE?

Jawapannya tidak. Ini kerana bakteria Mycobacterium Leprae hanya menyebabkan jangkitan kuman yang kronik. Ia tidak menyebabkan gangrene.
Gangrene mempunyai pelbagai penyebab seperti jangkitan kuman bakteria seperti clostridium perfringes,becteroidesstreptococcus dan beberapa bakteria lagi. Selalunya gangrene jenis ini adalah gangrene yang basah(wet gangrene). Ia memerlukan pembedahan untuk buang kawasan yang sudah dijangkiti kuman bagi menyelamatkan nyawa pesakit
Gangrene juga boleh disebabkan kurangannya perjalanan darah ke bahagian tersebut. Sebagai contoh pesakit yang mempunyai kencing manis dan cholesterol yang tinggi boleh menyebabkan sumbatan pada salur darah ke bahagian jari. Jika sumbatan tersebut teruk, jari tersebut mungkin kekurangan nutrien dan juga oksigen yang menyebabkan ia gangrene. Selalunya gangrene jenis ini adalah jenis kering(dry gangrene). Ia tidak memerlukan pembedahan. Jari tersebut akan hitam dan tercabut sendiri,
Leprosi itu sendiri tidak menyebabkan gangrene. Tetapi jika adanya luka pada kaki yang dijangkiti bakteria seperti yang saya terangan di atas, barulah gangrene boleh berlaku
Adakah adik thaqif mendapat gangrene disebabkan Kusta. Jawapannya sudah tentu tidak.

ADIK THAQIF MENGHIDAPI PENYAKIT APA SEBENARNYA?

Ramai daripada kita tertanya apa yang dihadapi oleh adik thaqif. Para perawat kesihatan terutamanya para doktor masih berteka-teki apa sebenarnya yang dihadapi oleh adik Thaqif. Kami sendiri tidak mengetahuinya. Hanya boleh agak-agak sahaja.
Ini kemungkinan sahaja dan kami cerita ini atas tujuan pendidikan dan pembelajaran. Keputusan yang betul perlu ditunggu daripada pihak berwajib.
Kronologinya begini. Pada 31 March, adik thaqif telah dibawa oleh ibubapanya keluar daripada madrasah dan juga memberhentikan pengajiannya disitu kerana warden selalu mendera mangsa.
Pada 19 April pula, dia dibawa ke hospital kerana ke dua-dua belah kakinya kehitaman. Pada ketika itu diketahui bahawa adanya sejarah adik Thaqif dipukul dibahagian tapak kaki dengan getah paip oleh warden asrama. Ramai yang memberi spekulasi bahawa ibubapanya pergi bawak berubat kampung dalam waktu 20 hari tersebut. Tetapi terdapat ahli keluarga Thaqif yang menidakkan perkara tersebut.
Pada 21 April pula, kedua belah kaki adik thaqif terpaksa dibuang bagi mengelakkan jangkitan kuman merebak
Pada 22 April, tangan kanan Thaqif bengkak dan doktor meminta untuk membelah tangan kanan thaqif untuk mengurangkan tekanan.

DISSEMINATED INTRAVASCULAR COAGULOPATHY(DIVC)

Saya ada memikirkan beberapa diagnosis ataupun kemungkinan berkenaan penyakit tersebut. Ia mungkin disebabkan jangkitan kuman yang teruk(severe sepsis) yang menyebabkan satu keadaan yang berbahaya iaitu Disseminated Intravascular Coagulatopathy.
Bengkak pada kaki adik thaqif sangat pelik. Ini kerana ia melibatkan dua belah kaki dan ianya merebak ke bahagian bawah lutut. Seolah-olah berlakunya pendarahan dibawah kulit. Jarang orang pukul tapak kaki tapi bengkak sampai naik ke atas. Kemungkinannya dia mengalami pendarahan yang teruk disebabkan darah tidak dapat membeku.
Gambar sebelah kiri menunjukkan bengkak yang dialami oleh Adik thaqif yang merebak sehingga ke kawasan bawah lutut. Sumber Gambar: Sinar Harian online
Didalam jangkitan kuman yang teruk(severe sepsis) keadaan darah yang tidak dapat membeku boleh berlaku. Ia dinamakan sebagai Disseminated Intravascular coagulatopathy. Ketika ini, terdapat kecelaruan di dalam sistem pembekuan darah. Ia menyebabkan penggunaan protein pembekuan darah berlaku di seluruh badan sehingga mana protein tersebut tinggal sedikit sahaja. Hasilnya pesakit akan mempunyai risiko untuk berdarah di seluruh bahagian badan termasuk pada kaki yang dipukul

COMPARTMENT SYNDROME

Ibu thaqif pun pernah menyatakan bahawa doktor ingin belah tangan thaqif untuk mengurangkan tekanan. Ini mungkin salah satu komplikasi pendarahan yang berlaku pada bahagian tangan thaqif dan menyebabkan masalah lain yang dikenali sebagai ‘compartment syndrome’. Disebabkan tangan kita di terletak dalam beberapa compartment yang tertutup, pendarahan secara spontan dalam penyakit DIVC di dalam compartment tersebut akan meningkatkan tekanan di dalamnya.
Assalamualaikum..wbt..Laa haula walaa quwwata illa billahi`aliyyil`azhiim. Tiada daya dan upaya,tiada kekuatan kecuali…
Kenyataan ibu thaqif yang menyatakan doktor ingin membelah tangan thaqif untuk mengurangkan tekanan pada tangannya
Tekanan yang tinggi akan menekan dan menutup saluran darah yang berhampiran dan menyebabkan kurangnnya darah pergi ke struktur selepas itu. Jari-jari akan kelihatan membiru ketika mana darah kurang sampai kepada tempat tersebut
Pembedahan seperti ‘decompressive fasciotomy’ mampu mengurangkan tekanan di dalam compartment tersebut dan membantu dalam peredaran darah.
Contoh pembedahan Fasciotomy
Banyak lagi diagnosis-diagnosis lain(differential diagnosis) yang boleh difikirkan. Tetapi cukup setakat ini sahaja penerangan kami. Ini adalah kemungkinan yang saya dapatii daripada ‘data mining’ yang dibuat dalam ‘google search’ dan ‘Facebook search’ di dalam mencari permasalahan adik Thaqif. Keputusan masih lagi belum di keluarkan oleh pihak berwajib dan kami masih menunggu perkara tersebut.
Jika keputusannya keluar nanti, kami akan kongsikan lagi berkenaan penyakit tersebut insyallah. Kami ucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga adik Thaqif yang sedang menghadapi ujian ini.
sumber : rootofscience.com

No comments:

Loading...