Header AD

Aliff Syukri dedah wajah hensem pramugara pulangkan dompet mengandungi RM50,000

loading...
loading...
Aliff Syukri dedah wajah hensem pramugara pulangkan dompet mengandungi RM50,000

Usahawan yang terkenal dengan tagline Terlajak Laris itu hanya menyedari dompetnya tertinggal sejam selepas mendarat dan ketika perjalanan pulang.


PENGARAH Urusan D'Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri akui syukur apabila dompet mengandungi wang berjumlah RM50,000 yang tertinggal dalam pesawat ketika pulang dari umrah ditemui semula.

Menerusi entri di akaun Instagram (IG) miliknya, Aliff memberitahu dompet itu ditemui semula selepas dipulangkan seorang pramugara jujur.
Aliff turut memuat naik swafoto bersama pramugara berkenaan.

"Inilah wajah pramugara Malaysia Airlines yg jujur.. .
Ya Allah bersyukurnya saya...sebenarnya dompet saya tertinggal didalam kapal terbang dia pulangkan dengan keadaan yang baik selepas 30 minit saya ingat sudah tidak dapat, dah lah.... susah kan nak jumpa orang yg jujur macam mamat ni betul tak?? Siapa kenal mamat ini sila tag nama dia...Ini ig (Instagram) mamat jujur ni dah jumpa ada org tag @encikzol "

Aliff Syukri
Aliff Syukri

Aliff sebelum ini menerusi kenyataanya kepada media, memberitahu terlupa mengambil dompetnya yang diletakkan di tempat duduk sebaik pesawat Malaysia Airlines dinaikinya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Usahawan yang terkenal dengan tagline Terlajak Laris itu hanya menyedari dompetnya tertinggal sejam selepas mendarat dan ketika perjalanan pulang.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Aliff Syukri dedah wajah hensem pramugara pulangkan dompet mengandungi RM50,000 Aliff Syukri dedah wajah hensem pramugara pulangkan dompet mengandungi RM50,000 Reviewed by kak tie on 6:14:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan