Header AD

‘Admin WhatsApp’ Boleh Kena Penjara, Ini Cerita Sebenarnya…

loading...
loading...
‘Admin WhatsApp’ Boleh Kena Penjara, Ini Cerita Sebenarnya…:






Sebagai usaha mengekang penularan maklumat palsu yang boleh menggugat keselamatan negara admin (pentadbir) kumpulan Whatsapp juga boleh dikenakan hukuman.

Tindakan undang-undang sedia ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dipertimbangkan terhadap pentadbir terbabit yang gagal membendung penyebaran maklumat palsu dalam kalangan ahli.



“Pentadbir boleh dipanggil untuk membantu siasatan sama ada tindakan diambil terhadap individu terbabit bergantung kepada fakta dan keterangan bagi setiap kes.



“Tidak kira maklumat palsu, tidak sahih atau bertujuan memfitnah, pentadbir bertanggungjawab terhadap ahlinya. Sekiranya terbukti individu (pentadbir) terbabit secara langsung atau membiarkan maklumat palsu itu disebar secara sengaja, dia akan dikenakan tindakan,” kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari seperti dilapor Berita Harian Online.

Menurut Jailani, selain memfitnah di bawah akta itu juga pelbagai kesalahan boleh dikenakan tindakan seperti, menghasut, penipuan dan pendedahan komunikasi yang dilarang iaitu mendedahkan maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Katanya, pentadbir kumpulan WhatsApp perlu lebih bertanggungjawab mengawal ahlinya supaya tidak menyebarkan maklumat palsu dan seharusnya menjadi gate keeper menapis berita tidak sahih sebelum berkongsi dalam kumpulan aplikasi berkenaan atau disebarkan di medium media sosial lain.

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
‘Admin WhatsApp’ Boleh Kena Penjara, Ini Cerita Sebenarnya… ‘Admin WhatsApp’ Boleh Kena Penjara, Ini Cerita Sebenarnya… Reviewed by kak tie on 7:36:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan